Kenapa perlu guna kerangka CEFR di Malaysia (Part 2b)

Loading...

hed1511 pg 6 a 1.jpg 1510710586 1 - Kenapa perlu guna kerangka CEFR di Malaysia (Part 2b)

Part 2b: Kenapa CEFR?

Jika terlepas tren Part 1: Apa Itu CEFR? dan Part 2a: Kenapa CEFR?, sila ke pos-pos sebelum ni.

Disclaimer: My personal opinions are mine. Not CDD’s, not MoE’s. / Segala pendapat peribadi saya tidak mewakili BPK atau KPM.

So, yg dah baca pos Part 1, kita dah tau apa itu CEFR. Part 2a pulak dah cerita pasal: MEB 2013-2025, EL Roadmap 2015-2025 dan Baseline Study 2013 yg sungguh pahit itu.

Melalui Baseline Study 2013, kita dah dpt identify kekurangan yg telah dikenalpasti dlm sistem pendidikan BI di Malaysia. Rasa sakit tu di sini bila cerita kekurangan diri. Tapi perlu. Kan?

So kita sambung lagi, kenapa kena guna kerangka CEFR?

4) Harmonizing the conflicting components

Mengikut recommendation EL Roadmap yg ditulis oleh pakar-pakar ELT Malaysia, terdapat keperluan utk mengharmonikan konflik perbezaan tahap antara kurikulum, pentaksiran (exam), learning resources (textbook/ other resources) dan tahap profisiensi guru.

Adakah kerana kita bekerja dlm bubble kerana di bawah sektor berlainan? Mungkin.

Kalau mengikut legasi sedia ada, pembangunan kurikulum dipegang oleh BPK, pembangunan pentaksiran oleh Lembaga Peperiksaan (LP), pembangunan buku teks pula bawah Bahagian Buku Teks (BBT), pembangunan digital resources pula bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan pembangunan latihan guru BI adalah bawah tanggungjawab Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan English Language Teaching Centre (ELTC).

(Mulai 2019, BBT dan BTP telah pun bergabung menjadi BSTP).

Bekerja di bawah sektor yg berlainan mempunyai risiko penggunaan piawaian standard yg berbeza antara satu sektor dgn sektor yg lain.

Jadi, terdapat risiko di mana hasil yg keluar (outcomes) menjadi terbeza (antara kurikulum, assessment,l earning materials dan teacher training), akibat dr penggunaan kerangka standard yg berbeza.

(Walaupun hampir semua korang-korang yg baca ni yg panggil semuaaaaaa komponen-komponen ni sbg kurikulum/silibus, semua komponen ni BERBEZA DAN TAK DIPANGGIL KURIKULUM/SILIBUS, yakni bukanlah di bawah kuasa BPK)

(Ni tak puas hati pasal textbook, salahkan kurikulum/BPK.

Tak puas hati pasal cikgu yg mengajar, salahkan kurikulum/BPK.

Tak puas hati soalan exam yg sekolah korang buat, salahkan kurikulum/BPK.

Tak puas hati dgn content buku tambahan yg kau beli dr kedai buku Fofuler, salahkan kurikulum/BPK. (seriously, kami terima emel dr orang yg tak puas hati ada kesilapan dlm buku latihan yg dia beli kat kedai buku. EHHHH kau ni)

Tak puas hati dgn template lesson plan yg ditetapkan daerah/sekolah, salahkan kurikulum/BPK.

Tak puas hati dgn mamat drpada Bahagian manatah yg lawat sekolah, salahkan kurikulum/BPK.

Tak puas hati pasal UPSR, salahkan kurikulum/BPK…eh tak, yg ni reti pulak salahkan LP. Hahaha)

(So mulai hari ni, kalau tak puas hati dgn sesuatu di KPM, checklah direktori dan tengoklah bahagian mana yg jaga apa. Kesian BPK officers memanjang gugur rambut asyik kena tuduh sebab salah kau yg tak check definisi kurikulum/silibus haha)

Ehem. Maaf teremosi. Kita sambung semula cerita yg tuan/puan.

Basically, ada keperluan yg sgt besar utk menyatukan semua division-division kat dlm KPM ini utk menggunakan satu kerangka standard yg sama, supaya hasil yg keluar adalah harmoni. Seiring sejalan bak katamu.

JADI,

Semua yg telah dijelaskan (Point 1-4) ini antara isu-isu yg menjurus kepada pemilihan CEFR sbg kerangka rujukan, iaitu:

1) Cadangan PPPM/MEB utk benchmark sistem pendidikan BI kepada tahap antarabangsa tapi still mengekalkan identiti Malaysia

2) Pelan utk reform pendidikan BI seperti yg dicadang dlm EL Roadmap sehingga thn 2025

3) Tahap sedia ada murid dan guru BI dan pelbagai kekurangan yg telah dikenalpasti melalui kajian Baseline Study 2013

4) To ensure semua komponen-komponen dlm pendidikan BI menggunakan satu standard yg sama

Pada thn 2013, masa tu saya masih bekerja dgn ELTC, ELTC telah menganjurkan CEFR Symposium utk membincangkan baik buruk CEFR dan menjawab segala mcm pertanyaan berkaitan CEFR, sebelum KPM finally decided utk mengambil CEFR sbg kerangka rujukan standard bg semua anak-anak kapal yg bekerja di bawah payung English education di Malaysia.

Tapi, kenapa pilih CEFR yg di developed oleh Council of Europe? Apa specialnya CEFR ni? Kenapa tak guna guna ACTFL yg di developed oleh American Council?

Ada beberapa sebab, tapi kena tunggu Part 2c: Kenapa CEFR? Sebab dah panjang sangat pos ni.

Tunggu episod akan datang. Terima kasih atas kesabaran anda heheh

Sumber: Azmira Amran, BPK KPM

Loading...

Tags: #CEFR #Guna #Kenapa #kerangka #Malaysia #Part #Perlu

author
Author: 
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya
    Bukan Cewek Sembarangan! Ini Profil Putri Tanjung yg Ditunjuk Jadi Staf Ahli Jokowi!
    slidegossip.com – Presiden RI Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menunjuk Putri Tanjung sbg salah
    Erick Dwi Guna Yulianto Nangis Setelah Ketahuan Merekam Cewek Ganti Baju Di Mal
    Surabaya –Infokanlah.com Erick Dwi Guna Yulianto, pria perekam video di ruang pas atau

    Comments are closed.