Kenapa perlu CEFR di Malaysia (Part 2)

Loading...

9455B0B0 4199 45EE 89B2 6883AA98E233 - Kenapa perlu CEFR di Malaysia (Part 2)

Part 2a: Kenapa CEFR?

Panjang worrr nak cerita pasal ‘kenapa’, sampai I kena kerat 3 pos ni. Ni je dah buktikan, KPM bukan sukasuki buat keputusan nak align kepada CEFR, tapi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Jika terlepas tren mengenai apa itu CEFR, sila ke pos ini (http://gg.gg/salahfahamCEFR) utk pembacaan asas.

Disclaimer: My personal opinions are mine. Not CDD’s, not MoE’s. / Segala pendapat peribadi saya tidak mewakili BPK atau KPM.


So, yg dah baca pos lps, kita dah tau apa itu CEFR. Sekarang ni mari kita fahami kenapa CEFR itu kerangka yg dipilih sbg penanda aras kurikulum, pentaksiran dan learning materials bg subjek B.Inggeris.

1) MEB 2013-2025

Siapa kat sini tak baca lagi Malaysia Education Blueprint / Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (MEB/PPPM), angkat tangan!

Kalau belum baca, ambil sedikit masa utk baca. Nah link kepada dokumen paling penting dlm pendidikan negara kita:
Dalam BI:
https://www.padu.edu.my/resources/meb-2013-2025/pppm/
Dalam BM:
https://www.padu.edu.my/my/resources/meb-2013-2025/pppm/

Kalau kekurangan masa, blh baca versi executive summary / ringkasan eksekutif utk dptkan sedikit gambaran.

Ada byk cadangan spesifik dlm tu, tapi utk BI, basically pendidikan BI kita ni tak sejajar dgn tahap antarabangsa. Kalau budak kita habis SPM, kita tak tahu sama ada tahap BI dia sama ke tak dgn budak yg baru habis sekolah kat UK ke, kat Jepun ke, kat Hong Kong ke.

So recommendation MEB ialah supaya pendidikan BI kita di benchmark pd peringkat antarabangsa, tapi masih mengekalkan identiti Malaysia. Kira mcm nak dpt cop SIRIM la, tp utk BI.

Di situlah lahirnya English Language Roadmap. Siapa tak pernah baca, angkat tangan!

Nah link, kalau tak pernah baca lagi: http://eltc.moe.edu.my/roadmap/The%20Roadmap%202015-2025.pdf


2) English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025

Utk parents yg tidak tahu, EL Roadmap ini dihasilkan oleh pakar-pakar ELT di Malaysia. Plan utk reform tu sangat spesifik dan tak blh nak dikupas kat sini.

So siapa-siapa yg tak faham pasal EL reform kat Malaysia, mohon educate yourself dan lihat betapa comprehensive nya plan nak bg kita pandai BI ni.

Jadi, semua inisiatif BI yg ada ni, dan yg akan datang ni, dah berkurun lamanya ada kat dlm Roadmap ni, yg dipublished pd 2015. Jangan tetiba post kat newspaper buat-buat terkejut pulak, eyshhhh!

Anyway, Roadmap cakap, kalau kita nak buat apa-apa perubahan, kita kena tahu dulu kat mana tahap kita sekarang, baru kita blh plan utk pembangunan, dan compare tahap kita lps dah tere nanti.

Oleh itu, kita kena buat kajian yg dipanggil kajian Baseline Study.


3) Baseline Study 2013

Baseline Study ni, telah dijalankan pd 2013 menggunakan kepakaran Cambridge Assessment English (CE) secara comprehensive menggunakan kaedah convergent parallel mixed-method design. Saiz kajian ni besar wor. Kita takde capacity utk research analysis besar-besaran mcm ni, sebab tu menggunakan kepakaran luar, selain utk mengekalkan integriti hasil kajian.

Kajian ni melibatkan sample murid seramai 20,402 orang dan 424 orang guru, di mana mereka mengambil benchmarking test utk melihat tahap BI sedia ada menggunakan kerangka CEFR.

Kemudian, 17,104 orang murid dan 1,290 guru menjawab survey berkenaan persepsi terhadap BI. Tu tak masuk lagi dgn soalan interview utk mengetahui dgn lebih mendalam isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran BI.

Hasil drpada Baseline Study ni byk, tapi saya share yg penting utk cerita ni je k:

Tahap profisiensi bg…

Preschoolers: average A1
Year 6 pupils: average A1
Form 3 pupils: average A2
Form 5 pupils: average A2
Form 6 pupils: average A2-B1
Teachers: ranging from B2 ke C2

Secara keseluruhan, skills paling lemah adalah listening dan speaking (tak terkejut pun kan?)

Kalau you all nampak pattern di atas, murid kita belajar BI ok je awal-awal tu, pastu lps form 3 diorang mcm tak naik-naik level.

Pada masa tu KSSR baru start 3 thn kat sekolah rendah, di mana Primary schools telah menggunakan struktur modular (fokus pd kesemua 4 skills secara individual, mengikut turutan) manakala KBSM pulak masih digunapakai (fokus kepada kaedah integrasi utk 4 skills ni).

Antara isu yg dikenalpasti adalah some cikgu-cikgu KBSR dan KBSM terbagi perhatian kepada reading dan writing sebab 2 skills ni lebih mudah diajar, jadi kemahiran listening dan speaking tu selalu kureng sikit diberi perhatian.

Pastu pula, terdapat isu di mana terdapat perbezaan tahap antara kurikulum, pentaksiran (exam) dan learning materials (textbook/other resources) yg digunakan. Kiranya, mcm ketiga-tiga komponen ni tak berapa nak sejajar.

Pastu terdapat isu proficiency guru sebab agak jauh perbezaan antara C2 dan B2 level. Ada cikgu yg sungguh tere BI, ada yg tidak berapa sungguh.

Masa dpt tahu keputusan Baseline Study tu kan, semorang yg kerja berkaitan BI, semua rasa sakit kat sini bila baca report tu. Tapi kena telanlah kan pahit tu, sebab kita nak baiki diri kita semua ni.

Tapi tak habis lagi ceritanya. Panjang lagi.

Kalau drama pukul 7, time saspen tu lah kena sambung episod akan datang.

Stay tuned utk sambungan, Part 2b: Kenapa CEFR?


__________________________
So far, dah nampak tak isu-isu paling besar kat situ?
So far, dah dpt sikit-sikit idea kenapa kena jajarkan bawah satu kerangka yg sama?

Sumber: Azmira Amran

Loading...

Tags: #CEFR #Kenapa #Malaysia #Part #Perlu

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.