Kenapa KPM buat keputusan perlu guna CEFR di Malaysia (Part 2c)

Loading...

common european framework of reference for languages 9 638 - Kenapa KPM buat keputusan perlu guna CEFR di Malaysia (Part 2c)
Part 2c: Kenapa CEFR?

Jika terlepas tren

Part 1:Apa Itu CEFR?,
Part 2a: Kenapa CEFR?,
Part 2b: Kenapa CEFR?
sila ke pos sebelum-sebelum ni.

Disclaimer: My personal opinions are mine. Not CDD’s, not MoE’s. / Segala pendapat peribadi saya tidak mewakili BPK atau KPM.

So, yg dah baca pos:
Part 1, kita dah tau apa itu CEFR.
Part 2a pulak dah cerita pasal: MEB 2013-2025, EL Roadmap 2015-2025 dan Baseline Study 2013.
Part 2b: Kenapa CEFR? pulak dah cerita pasal harmonising the conflicting components.

Part 2c ni akan cerita kenapa kita decide utk guna CEFR, bukan penanda aras yg lain seperti ACTFL dan lain-lain.

1) Aligning all components to CEFR standards

Penggunaan CEFR hanyalah sbg framework yang membolehkan semua orang faham kat mana level seseorang itu. Kalau tak ingat CEFR tu apa, pulang semula ke pangkal jalan dan baca Part 1: Apa itu CEFR?

Kalau orang tu cakap “Saya mahir Bahasa Melayu pd tahap A2”, atau “Saya blh membaca pd tahap C2 dlm BI tapi bercakap pd A2 level”. Kiranya semua pun sama-sama faham dah apa maksud level A ke, B ke, C ke.

Jadi bila CEFR diambil sbg satu framework utk govern semua komponen dlm pendidikan BI, semua orang pun blh faham kalau kita kata kurikulum kita target budak form 3 pd B1, maka textbook pun content dia kat B1 level, exam pun akan pitch pd B1.

Kiranya blh ELAK lah isu kurikulum diajar pd B1 level, tetiba exam pd C2 level. Textbook pulak tetiba byk A2 content. So dah solve satu isu.

2) CEFR as an international benchmarking while keeping it Malaysian

Ingat tak pasal cadangan MEB/PPPM utk suruh pendidikan BI kita di benchmark dgn penanda aras antarabangsa tapi masih mengekalkan ciri-ciri Malaysia?

Jadi, apa yg BPK, LP, BSTP, BPG, IPGM, dan ELTC buat ialah, dgn menggunakan bahan (kurikulum, exam, textbook criteria, teacher training) yg kita ada, kita jajarkan(align) pd standards CEFR.

Kiranya kita bukan ubah 100%. So kalau ada makhluk yg cakap CEFR ni susah lah, lain sangat dgn kurikulum dulu, memang nak kena berdiri atas kerusi dan saya rotan terus.

Sebab, content dan learning standards dlm DSKP tak byk beza pun. Yg mana high level sgt, kita rendahkan ikut target CEFR utk murid thn tu. Yg mana rendah, kita jajarkan bg sama level dgn target CEFR.

So mcm saya ada cakap dlm pos lps, bila kita jajarkan kepada CEFR, kurikulum tu akan jadi lebih konsisten, bukannya jadi lebih omputeh.

(Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai kurikulum CEFR yg telah dijajarkan dlm pos Part 3: What’s new in the CEFR-aligned curriculum.)

3) CEFR is used worldwide, therefore helps facilitate mobilisation of pupils

Jadi, bila pendidikan kita dah jajar kepada standard antarabangsa, kalau murid-murid kita nak pindah ke negara lain (untuk menyambung pelajaran atau utk berpindah mengikut keluarga), kiranya sekolah baru diorang kat luar negara tu dah terus tahu tahap murid tu.

Yg nak masuk uni: “Oh, murid ni tamat Form 5 pd tahap B1”
Yg pindah ikut family: “Oh, murid ni belajar English pd tahap A1”

Kiranya, pergerakan murid kita ni tak terbatas.

Bukan sahaja ke luar negara, kalau pindah negeri pun, cikgu sekolah baru tu takde masalah nak ajar budak tu sebab tahap dia pd level yg sama, walaupun sekarang semua sekolah pakai school-based assessment.

(Antara kritikan paling kuat SBA ni ialah mcm mana nak tau standard murid tu sama ke tak sebab lain sekolah lain tahap? Tp utk BI, tak jadi isu sangat sebab BI adalah kemahiran, maka topic pembelajaran blh diperbagaikan)

Anyway, kita guna CEFR sbg framework sebab CEFR paling meluas digunakan serata dunia. Pindah la mana pun, kalau sebut CEFR, ramai dah faham apa maksud A, B dan C levels. Berbanding dgn framework lain, seperti ACTFL, penggunaannya tak berapa meluas. Jadi still akan ada isu kalau pindah ke negara yg tak guna ACTFL.

4) CEFR: a non-prescriptive framework

CEFR framework ni, dia cuma digunakan sbg rujukan penanda sahaja bg tahap komunikasi 4 kemahiran bahasa.

Dia takde cakap apa yg cikgu patut ajar atau camne cikgu kena ajar.

Jadi, kalau tetiba ada orang buat promosi kursus CEFR Approach, cepat-cepat cakap “aiyok, CEFR takde cakap pun camne cara mengajar. CEFR tu penanda aras je (sambil kembang hidung bangga diri).

Diulangi, CEFR just digunakan utk bgtau tahap sbg rujukan korang je. Ok?

Jadi, Malaysia blh menggunakan framework ini sbg rujukan penanda aras tahap murid, tapi masih mengekalkan kepelbagaian kaedah (metodologi) pengajaran dan pembelajaran (PdP) yg bersesuaian dgn murid.

Kiranya kalau cikgu tu tahu tahap anak murid dia, dia blh adjust kaedah dan tahap bahan PdP dia supaya match dgn tahap murid. Bagus kan?

Ok. Sekian Part 2a, b, c: Kenapa CEFR?

Lepas ni pos Part 3 utk cikgu-cikgu yg masih kelam kelabu mengenai CEFR-aligned curriculum pulak.

Sumber: Azmira Amran

Loading...

Tags: #Buat #CEFR #Guna #Kenapa #Keputusan #Malaysia #Part #Perlu

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.