Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?

Oleh : Dr Nurilyani Bujang

KENAPA CAJ RAWATAN DI HOSPITAL MALAYSIA BERBEZA BEZA

Sebelum masuk hospital atau ke hospital membawa ahli keluarga, kita kena tahu perbezaan antara caj hospital hospital di Malaysia. Jadi tak lah terkejut bila bil hospital sampai.


Caj 1 - Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?


1. HOSPITAL SWASTA
 

Hospital swasta byk terdapat di Malaysia. Kalau anda sebut sahaja hospital swasta, maka ianya sinonim dgn perkataan mahal.

Bila tak ramai yg mampu, maka tak lah ramai sangat orang, jadi automatik tak perlu beratur panjang.

Segala harga konsultasi, ubat dan hospitaliti adalah apa yg anda bayar. Ramai yg ambil insurans utk mendapat kemudahan ke hospital swasta ini.

2. HOSPITAL DAN FASILITI DI BAWAH KKM

Hospital ini memang paling murah la. Ini kerana kosnya di tanggung oleh kementerian melalui budget kesihatan.

Disebabkan murah, ramai orang, maka kena la beratur panjang.

3. HOSPITAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
 
Hospital begini adalah seperti PPUM, PPUKM dan juga HUSM. Ianya juga digelar teaching hospital.

Hospital ini bukanlah di bawah KKM, jadi jangan bandingkan bil hospital hospital ini dgn hospital besar mcm HKL. Lazimnya hospital ini bilnya lebih tinggi berbanding hospital KKM tetapi tidaklah semahal hospital swasta.

4. HOSPITAL TENTERA
 
Hospital tentera ni ada di Terendak, Kuala Lumpur dan juga Lumut.

Hospital ini mempunyai kelengkapan utk askar dan kemudahan utk menghadapi bahaya yg askar kita mungkin hadapi ketika bertugas.

Orang awam blh juga mendapatkan rawatan di hospital askar. Bayaran utk orang awam mestilah tak sama dgn abang askar di situ.

Hospital ini dibawah seliaan Kementerian Pertahanan.

5. INSTITUT JANTUNG NEGARA
 
IJN adalah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Pengurusan IJN adalah tidak sama dgn KKM.

Jika anda walk in ke IJN, anda dianggap private patient, maka segala caj adalah seperti yg termaktub sbg private patient. Anda blh juga menggunakan insuran di sini.

Hanya pesakit yg dihantar ke IJN melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat caj seperti KKM.

Suka juga saya ingatkan bahawa, semua fasiliti di bawah Kerajaan Malaysia, mempunyai badan kebajikan.

Maka sekiranya bil hospital itu dirasakan terlalu berat, blhlah bawa berbincang.

Jadi, sebelum nak post sesuatu dgn niat nak viral mengenai caj hospital KKM yg kengkononnya dah naik harga, kena fikir dulu.

Tak pasal pasal malu sendiri sebab hospital tu bukan bawah KKM pun.

Ini juga bukan post politik, hanya sekadar share apa yg orang ramai selalu salah faham.


Loading...

Tags: #Berbeza #Hospital #Kenapa #Malaysia #Rawatan

author
Author: 
    Kesaksian Mengejutkan Ustad Yusuf Mansur: Memang Benar Mamah Dedeh Meninggal, Tapi…
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kabar duka yg datang dr dunia
    4 Artis Indonesia yg Dikabarkan Meninggal Pdhal Sehat Walafiat! No 3 Katanya Tewas Kecelakaan!
    slidegossip.com – Byk kabar burung atau hoax yg tersebar di kalangan publik. Namun
    Sebut Nabi Muhammad SAW Miskin dan Susah Sampai Akhir Hayat, Marbot Masjid Ini Ditangkap Polisi!
    slidegossip.com – Seorang marbot masjid berinisial MS di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, terpaksa
    Pergoki Istri Selingkuh, Suami Langsung Syok Ternyata Selingkuhan Istrinya Adalah Putranya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang pria langsung meradang begitu mengetahui kalau istrinya ternyata selingkuh dgn

    Leave a reply "Kenapa Caj Rawatan Di Hospital Malaysia Berbeza?"