Kementerian Pendidikan dan KPWKM bincang mata pelajaran pendidikan seks

image 2 - Kementerian Pendidikan dan KPWKM bincang mata pelajaran pendidikan seks
Imej via Utusan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Satu perbincangan berhubung mata pelajaran pendidikan seks akan diadakan antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dgn Kementerian Pendidikan dlm masa terdekat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan rekod dan statistik, sebanyak sembilan peratus drpada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan seluruh negara dikesan aktif dlm hubungan seks.

Katanya, beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dgn Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching.

“Pada masa ini semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dlm mengatasi masalah hubungan seks di kalangan pelajar.

“Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dlm hubungan seks bebas adalah satu jumlah yg besar,” katanya selepas merasmikan penutup Forum Kes Penderaan Kanak-kanak Semakin Meningkat: Adakah Undang-undang Kurang Berkesan? di Maktab PDRM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Hannah, pd mesyuarat antara kementeriannya dan Kementerian Pendidikan itu, satu solusi akan diputuskan dlm memastikan mata pelajaran pendidikan seks dpt dilaksanakan di semua peringkat sekolah.

Jelasnya, sekiranya kita tidak mengajar kanak-kanak ini tentang pendidikan seks mengikut perkembangan semasa mereka akan mengetahuinya melalui media sosial yg jika tidak digunakan dgn cara yg betul akan menghancurkan satu generasi.

“Dalam zaman serba moden ini remaja seawal usia 13 thn sudah tahu tentang apa itu seks namun mereka perlu diberikan maklumat yg betul tentang perkara itu.

“Justeru pengajaran dlm mata pelajaran pendidikan seks ini adalah amat penting dlm menyampaikan sesuatu perkara yg benar kepada anak-anak kita,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…


Loading...

Tags: #bincang #Kementerian #KPWKM #Mata #pelajaran #Pendidikan #Seks

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kementerian Pendidikan dan KPWKM bincang mata pelajaran pendidikan seks"