Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara – Timb. Menteri

72405578 2662622303776415 7990976925554180096 n 1 - Kementerian Pendidikan berdepan kekurangan guru seluruh negara - Timb. Menteri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan ketika ini berdepan kemelut kekurangan warga pendidik bg memenuhi permintaan guru sekolah di seluruh negara.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata ia berpunca drpada ketidakpadanan antara kekosongan sedia ada di sekolah dan keluaran dr Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) setiap thn.

Masalah itu jika tidak ditangani secara tuntas, dibimbangi isu berkenaan berupaya merencatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah, sekali gus mengundang risiko pelajar tercicir drpada aliran pendidikan nasional.

“Contohnya, di sekolah kebangsaan, kekosongan sedia ada melebihi 6,000 tempat, tetapi keluaran IPGM hanya 1,676 yg akan ditempatkan di sekolah pd November ini.

“Bagi mengatasi masalah ini, kita berhasrat melantik guru interim pd Februari akan datang dan kerajaan menyasarkan kira-kira 3,000 guru utk sekolah kebangsaan serta 800 guru bg sekolah jenis kebangsaan Cina,” katanya pd sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai pertimbangan memperkasakan skim guru sandaran dan interim sbg alternatif mengatasi masalah kekurangan warga pendidik.

Mengulas soalan asal Nik Nazmi berhubung perancangan kementerian mengatasi masalah peruntukan guru ganti, Nie Ching berkata, kerajaan mengunjurkan pengambilan guru ganti bg meningkatkan aspek kecekapan pd thn ini seramai 21,656 orang.

Langkah itu bakal membabitkan peruntukan khas sekitar RM48 juta iaitu peningkatan 17.6 peratus berbanding RM40.9 juta yg dicatatkan thn lalu.

“Kementerian maklum pengambilan guru ganti harus dilaksana bg memastikan pembelajaran dan pengajaran di dlm kelas berlangsung dgn baik.

“Pengambilan guru ganti dibuat berdasarkan pekeliling perkhidmatan bilangan tiga 2011, dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian.

“Jadi, peruntukan guru ganti bg 2019 adalah sebanyak RM48,083,180 iaitu lonjakan 17.6 peratus berbanding RM40,895,953 pd 2018.

“Jika ada keperluan tambahan terhadap peruntukan, ia akan diberi pertimbangan sewajarnya tertakluk kepada kedudukan kewangan kementerian,” katanya.


Loading...

Tags: #Berdepan #Guru #Kekurangan #Kementerian #Menteri #Negara #Pendidikan #seluruh #Timb.

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.