Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!

Oleh : Aliff Ahmad II

Kembalikan RON91/92, biar rakyat memilih!
 
Antara perkara yg gua kesal dan marah dekat Najib Razak adalah dia menghapuskan RON91/92 apabila dia menaiki tampuk pemerintahan dgn alasan mahu memberikan petrol yg lebih berkualiti kepada rakyat.

ron91 1 - Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!


Ya, memang benar RON95 dan 97 adalah petrol premium yg berkualiti tinggi jika kualiti petrol dikira melalui octane rating, lagi tinggi ratingnya lagi bagus kualiti petrolnya. Tetapi, adakah kesemua kenderaan patut menggunakan petrol premium?

Jawapannya, tidak.

Sebagaimana kereta Kancil tiada keperluan utk memasang disc brake depan dan belakang dgn double piston kerana Kancil tidak akan blh selaju GTR. Jadi perbuatan itu hanyalah sia-sia dan sebuah pembaziran.

Begitulah juga dgn penggunaan petrol, kenderaan yg enjinnya bukan jenis high compression dan tidak menggunakan sistem turbo tidak memerlukan penggunaan petrol premium. Cukup sekadar RON91. Honda Ex5, mesin rumput, Wira, Myvi, Civic, Mustang dan seangkatan dgn mereka, tidak perlu menggunakan petrol premium pun. Lainlah lu pakai Wira-GSR-Evo Turbo, VR4, GTR, RS6, dan Ferrari, akan ada effect knocking kalau guna petrol kurang dr RON95.

Lihat sahaja negara-negara maju semisal Australia, UK dan US, RON91 masih ada di setiap stesen minyak. Negara yg jauh mengatasi Malaysia dlm apa sektor (lebih-lebih lagi research) sekalipun masih mengekalkan RON91. Amat hairan kenapa Najib memilih utk membuang RON92 dlm kamus rakyat Malaysia. Akibatnya, rakyat tiada pilihan melainkan terpaksa menggunakan petrol premium yg jauh lebih mahal tanpa keperluan.

Adakah lebih tinggi rating octane ia lebih menjimatkan?

Jawapannya, tidak!

Kajian telah dijalankan dan mendapati ianya tidak begitu. Rujuk video di bawah.

Adakah lebih rendah octane rating maka ia mencemarkan alam sekitar?

Jawapannya, tidak juga.

Jika ia mencemarkan alam sekitar, sudah pasti negara seperti Australia telah lama mengharamkannya.

Sekarang ini, zaman game addictive yg menyasarkan penjimatan dan penjagaan alam sekitar. Jimat, selamat dan hijau! Malaysia masih ketinggalan bab ni. Mungkin kita harus jemput mantan Chemical Engineer Petronas, Fdaus Ahmad utk lead R&D tersebut.

Rakyat ini mudah saja sifir mereka, biarkan mereka membuat pilihan. Biarlah mereka punya pilihan utk menggunakan petrol RON regular atau premium. Di Malaysia, kita tak punya pilihan utk yg regular. Sbgmana dibiarkan mereka buat pilihan utk menggunakan jalan tol atau tidak, parkir di basement atau valet, naik low-cost airline atau premium airline.

Hak rakyat adalah memilih, bukan dipaksa dan terpaksa! Kalau ikut ilmu agak-agak gua, RON91 akan berharga RM1.40 saja di Malaysia sekarang!

Aliff Ahmad
Mantan Researcher Lab di Australia

ps : Utk mereka yg ada akses ke kabinet, usulkan cadangan gua ini.


Loading...

Tags: #91/92 #Biar #Kembalikan #Memilih #Rakyat

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kembalikan RON 91/92, Biar Rakyat Memilih!"