> kek yg senang ni namanya kek minyak

20131225 215533 thumb25255B125255D - > kek yg senang ni namanya kek minyak

assalamualaikum dan selamat sejahtera.

hari ni tetiba nak post resepi kek kat sini. kalau resepi yg senang-senang ni memang nak kongsi sangat dgn semua orang sebabnya kek minyak ni amat mudah, semudah ABC gitu. hehe. pulak tu takde bahan yg ganjil dan pelik-pelik. cuma yg pelik sikit pun ovalet je kot. kalau yg dah biasa dgn dunia kek-kek ni tak pelik la kan.

aku dulu pon, masa memula cuba-cuba nak berkecimpung dgn kek-kek ni, tertanya jugak macam mana la rupa si ovalet ni. hehe.

okay semua, jom tengok resepi. resepi asal dr alam siber. tapi aku ambil dr opismate aku.

20131225 203650 thumb25255B125255D - > kek yg senang ni namanya kek minyak

Resepi kek minyak

bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak masak / minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalet
  • 1 st esen vanila
  • pewarna

cara-cara

  1. ayak tepung dan baking powder. ketepikan
  2. pukul telur, gula dan ovalet sampai kembang
  3. masukkan susu pekat, esen vanila dan minyak. pukul lagi.
  4. akhir sekali masukkan tepung dan pukul sebati.
  5. bahagikan adunan ikut pewarna .
  6. selang selikan adunan ke dlm loyang sampai habis.
  7. bakar selama 45 minit pd suhu 150 sehingga masak.

Loading...

Tags: #MINYAK #namanya #Senang

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "> kek yg senang ni namanya kek minyak"