KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

Loading...

012 2 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

Assalamualaikum….
Salam sejahtera buat semua teman….
Hari ni Uj ada mood utk membaking, sebabnya nak sangat mkn kek tiramisu…Uj buatlah dlm satu adunan..secara kebetulan ada pulak tetamu datang bertandang..memang rezeki dioranglah agaknya.Sekejapan jer keknya habih licin..Siap ada yg jilat sudu lagi..Alhamdulillah..ramai yg menyukainya…

019 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

Resepi span kek ni  Uj intai di sini.Kepada yg nak original resepi blh intai disitu yer.Terima kasih kepada yg empunya resepi iaitu sweet 4ever diatas resepinya.Memang lembut gilos la keknya..ala-ala kek kat kedai…Memang tak rugi mencuba..Uj buat kek span coklat..Uj olah mengikut bahan yg Uj ada.Ok lah takmo buang masa sangat sebab masa begitu berharga sekarang  apa kata jom ke resepi..

007 1 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

Bahannya:

120 g tepung superfine* diayak
30 g serbuk coklat*diayak
1 sdu teh serbuk penaik * diayak
sedikit garam ( uj tambah) *diayak
150 g gula kastor
6 biji telur gred B ( kalau gred A 5 biji)
1 sdu besar ovelette
80 ml susu cair
80 ml minyak jagung ( bole jer guna minyak masak)
sedikit esen vanila

Caranya:

1.   Satukan  tepung,garam,serbuk penaik serta serbuk koko.Ayak kesemua bahan.Ketepikan.
      Panaskan oven dgn suhu 170 degree dan sapukan loyang dgn sedikit mentega serta rata
      dgn sedikit tepung.
2.   Dlm mangkuk pemutar kek satukan bahan ayak tadi,gula,telur serta ovellete.
3.   Putar dgn kelajuan yg tinggi selama 5 minit sehingga adunan benar-benar gebu dan pekat.
4.   Perlahankan pengadun, addkn susu  cair serta esen vanila.
5.   Putar lagi dgn kelajuan yg tinggi sehingga seminit  dan bahan menjadi sebati.
6.   Tuangkan minyak kedalam adunan dan kaub balikan adunan dgn menggunakan spektula atau
       senduk kayu sehingga minyak sebati sahaja.( Jangan terlebih adunan nnti kek tak cantik naiknya)
7.    Masukan adunan kedalam bekas dan bakar sehingga masak( Uj gunakan api bawah sahaja)
8.    Bila kek dah masak cucuk dgn lidi.Jika lidi keluarnya bersih ,itu bermakna kek dah masak.
9.    Keluarkan kek dr dlm oven dan terus terlangkupkan kek diatas redai supaya kek tak
       mendap ditengah-tengah.
10.  Sejukan kek dahulu sebelum melapis.

Untuk topping

300 g krim cheese ( uj guna tatura)
300 g whipping cream ( Uj guna jenama value )
6 sudu besar susu pekat.
Sedikit parutan keju cheedar
sedikit serbuk koko
sedikit air nescafee tanpa gula

Cara:

1.    Satukan krim cheese dgn susu pekat.Putar sebati
2.    Addkan whipping cream dgn kelajuan yg tinggi putar sehingga pekat.

Cara utk melapis.

1.   Kek yg telah sejuk tadi dipotong dua.Sapukan sedikit air nescafee diatas kek.Kemudian
      sapukan bahan krim cheese tadi diatas  kek.Taburkan serbuk koko meliputi atas kek.
2.   Ambil sebahagian kek lagi lapiskan diatas kek yg telah ditaburkan serbuk koko tadi.
      Sapukan sedikit lagi air nescafee diatasnya.
3.   Kemudian sapukan kesemua krim cheese tadi diatas kek.Parutkan keju cheddar diatas kek tadi 
      meliputi keseluruhan kek tadi.
4.   Simpan didalam peti sejuk dan sedap dimakan…

025 2 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

 * Struktur keknya  teramatlah gebunya.Amat sesuai dijadikan kek harijadi atau pun kek yg  sewaktu dgnnya…

033 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

 Yumyum…chezzzy sesgt…sekali mkn nak berkali-kali..Hilang diet…

028 1 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI

            Okeyy enjoyyyy…

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 4 - KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI
Loading...

Tags: #ALAALA #BERSALJI #Keju #Tiramisu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "KEK TIRAMISU ALA-ALA KEK KEJU BERSALJI"