Kek Tapai Keju

aIMG 7044 1 - Kek Tapai Keju

Kek Tapai Keju
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
300 gm tapai ubikayu
180 gm tepung gandum, ayak
5 biji telur
170 gm gula pasir
4 sudu besar susu pekat manis
150 ml mentega cair
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh ovalete
75 gm parutan keju cheddar
Hirisan badam utk taburan

aIMG 7030 - Kek Tapai Keju

Cara-cara :
Sapu loyang dgn marjerin dan tabur dgn sedikit tepung.
Panaskan oven pd suhu 175C
Haluskan tapai dgn garpu, masukkan susu pekat dan gaul rata.  Ketepikan.
Putar telur dan gula sehingga kembang dgn kelajuan tinggi,
Masukkan tapai dan putar perlahan.
Masukkan mentega cair dan putar sebati.
Masukkan tepung, baking powder, garam dan sedikit parutan keju, putar perlahan sehingga sebati.
Tuang ke dlm loyang, tabur baki keju dan hirisan badam di atasnya.
Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Setelah sejuk baru di potong.

aIMG 7072 - Kek Tapai Keju

Untuk membuat corak marble :
Ketepikan 4 sudu besar adunan dan campurkan dgn 1 sudu kecil coklat emulco dan 1 sudu kecil serbuk koko, kacau sebati dan tompokkan di atas adunan asal dan lorekkan dgn lidi menjadi corak marble.

aIMG 7046 - Kek Tapai Keju

Kek Tapai Keju
Loading...

Tags: #Keju #TAPAI

author
Author: 
    Wah Menariknya Aneka Autentik Di Bufet Ramadan Di Hotel Sunway Putra Ni.
    . Hotel Sunway Putra kali ini mengetengahkan menu autentik Melayu utk Buffet Ramadan
    Gara-Gara Bau Belacan Bakar, Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis.
    Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada
    4 Menu Snek Barat Kesukaan, Daging & Keju Paling Sedap
    Frittata, lasagna, volcano beef dan shepard pie, sebut nama resipi snek barat ni
    5 Jenis Biji Kopi Penggemarnya Patut Ambil Tahu. Pilihlah Sesuai Citarasa.
    Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu

    Leave a reply "Kek Tapai Keju"