Assalamualaikum wbt. Kek sarang semut yg mudah, tak payah perap, tak payah guna mixer dan InsyaAllah menjadi.
Dulu masa kecik2 ingat lagi arwah mak saya suka buat kek ni. Bakar atas dapur guna loyang tembaga yg berat tu. Tapi tak pernah suka mkn..
Dah tua-tua ni.. kek ini menjadi pilihan berbanding kek yg fancy dan bertopping dgn krim bagai. Baru tau keenakkan kek legend ini.
😂

Resepi kek sarang semut.
(Sukatan cawan metrik)
#masakcarasaya
(Sukatan cawan metrik)
#masakcarasaya
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega cair
3 biji telur – gred A
1 sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat – nak manis blh lebihkan.
1 cawan tepung
1 sk soda bikarbonat
1 cawan gula
1 cawan air panas
1/2 cawan mentega cair
3 biji telur – gred A
1 sk esen vanila
1/2 cawan susu pekat – nak manis blh lebihkan.
1 cawan tepung
1 sk soda bikarbonat
Cara membuatnya:
– cairkan gula sehingga kelihatan perang.
– masukkan air panas dan kacau rata sehingga gula benar2 larut. Ketepikan.
– cairkan mentega dan ketepikan.
– kacau telur dan esen vanila menggunakan whisk.
– masukkan susu pekat. Kacau rata.
– masukkan mentega cair tadi.
– satukan bikarbonat kedalam tepung dan ayak.
– masukkan ke dlm adunan telur tadi. Kacau rata.
– akhir sekali tuang gula hangus tadi. Kacau sehingga adunan tidak berketul. Blh di tapis.
– tuang ke dlm loyang. Bakar pd suhu 170’c selama lebihkurang 50 minit atau sehingga masak.