Kek Rainbow

Loading...


Assalamualaikum wbt…

baru ni kakcu buat kek rainbow utk besday anak2 kakcu…ct maira dgn haikal hamim kongsi tarikh lahir pd 18hb.0gos..tapi masa tarikh besday sebenar diorg kakcu tk buatkn kek pn sebab esoknya 19hb tu kan dah raya..makanan melambak..nanti kalau buat kek kalau tk mkn,membazir je..so dh penghujung raya baru la kakcu buatkan kek ni…bukan mudah rupanya nk buat kek ni..kena bakar satu persatu utk jadikn 6 lapisan..kakcu rasa kek ni 1st n last la kakcu buat…leceh la…huhu

resepi kek rainbow ni kakcu dapat dr kawan fb yg kakcu sayangi iaitu kak Aida Han..bberapa hari sebelum buat kek ni,hari2 su skodeng fb kak aida…alhamdulillah,tk sia2 skodeng..jadi pn kek nya…terima kasih kak Aida sayang..izinkan su kongsikan resepinya di sini ye…;))


IMG 5596 1 - Kek Rainbow



IMG 5597 - Kek Rainbow



IMG 5600 - Kek Rainbow



IMG 5601 - Kek Rainbow



Bahan- bahannya:

1 Cawan Mentega


1 1/2 Gula Kastor

5 biji putih telur
2 Sudu esen vanilla
3 cawan tepung gandum **
4 Sudu teh baking powder **
Tanda ** Di ayak bersama **
1 1/2 Cawan susu segar


Pewarna

1 sudu teh pewarna ungu+ perisa grape
1 sudu teh pewarna biru + perisa blueberry
1 sudu teh pewarna hijau + perisa peppermint
1 sudu teh pewarna kuning + perisa peach
1 sudu teh pewarna oren + perisa limau
1 sudu teh pewarna merah  + perisa strawberry

I
Cara-caranya:


1 ~ Butter dan gula dipukul sehingga kembang
2 ~ Lalu dimasukkan putih telur sedikit2
Sambil dipukul terus sehingga rata
3 ~ Masukkan esen vanilla, pukul rata

4 ~ Tepung dan susu segar dimasukkan bergilir gilir sehingga habis dan diakhiri dgn susu
5 ~ Bagikan adunan kepada 6 mangkuk dan warna serta perisa
6 ~ Setiap mangkuk 200gm  250 gm adunan
7 ~ Panaskan oven 170 degree bakar setiap lapis selama18 minit atau sehingga masak.
8 ~ Guna loyang  8 inchi dan dialas kertas minyak
9 ~ Kek disejukkan dahulu, kemudian barulah dilayer..


Bahan2 frosting:


250 Gm Cream Cheese
120 Gm Butter
120 Gm gula icing diayak dahulu


Kesemua bahan2 frosting dipukul sehingga rata dan gebu. Kemudian blhlah digunaka utk layer kek dan disapu pd kek…


Selamat Mencuba….
Loading...

Tags: #Rainbow

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kek Rainbow"