Kek Pisang yg gebu

Bismillahirrahmanirrahim,
Sedap, gebu dan lembab kek pisang ni. Simpan semalaman lagi sedap.
photo 2018 12 07 07 08 45 1 - Kek Pisang yg gebu

Kek Pisang Gebu
.
Bahan-bahan :
225 g mentega
180 g gula perang
4 biji telur gred A
100 g susu segar
150 g pisang ranum yg dilecek (saya guna pisang emas)
300 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
(bahan bertanda *
disatukan dan diayak)
.
Hiasan tabur di atas :
2 biji pisang ( dihiris bulat nipis letak atas kek)
.
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu sambil dipukul lagi.
3. Masukkan bahan ayak dan susu berselang seli sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan.
4. Matikan mixer dan masukkan pisang lecek. Gaul sebati dgn spatula.
5. Tuangkan ke dlm loyang saiz 8×8 inci yg telah digris dan dialas.
6. Ratakan adunan, hentak loyang 2 atau 3 kali utk mengeluarkan udara. Susun hirisan pisang di atasnya.
7. Panaskan oven selama 10 minit terlebih dulu. Bakar kek pisang sehingga masak pd suhu 160’C selama 50-60 minit bergantung pd kapasiti oven masing-masing.
8. Sejukkan kek atas redai.

photo 2018 12 07 07 08 51 - Kek Pisang yg gebu

photo 2018 12 07 07 08 56 - Kek Pisang yg gebu

Loading...

Tags: #Gebu #Pisang

author
Author: 
    Mee Goreng Basah
    Sebelum masuk bab mee basah, saya nak bercerita aktiviti kesukaan saya kebelakangan ini. Setelah
    Telur Masak Kicap
    Telur Masak KicapBy Kak Wan @ Resipicitarasawan Bahan-bahan6 biji telur grade D atau
    Daging Kicap Bawang Goreng
    Daging Kicap Bawang GorengBy Kak Wan @ ResipicitarasawanSumber :  Pn Surianti @ Jendela
    Buat Sendiri Puding Mangga, Anak-Anak Pun Suka
    Sesekali jom buat puding mangga utk dihidang pd keluarga. Elok juga buat puding

    Leave a reply "Kek Pisang yg gebu"