Kek Kukus Buah-Buahan

                 
 Assalamualaikum wbt..

Baru ni ibu ada buat kek kukus buah2an..pada ibu la rasa dia memang sedap dan kena kt selera ibu..adunan kek ni sesuai utk keluarga yg tk ramai..sebab bila dh masak,kek ni tkde la besar sangat..kukus pn tk lama,dalam 2 jam je..simpan lama2 pn masih ok..so sape2 yg nk cuba buat,ni ibu kongsikan resepinya…jom kita tengok..;))

                   

                                     IMG 5555 1 - Kek Kukus Buah-Buahan


IMG 5556 - Kek Kukus Buah-Buahan


IMG 5566 - Kek Kukus Buah-Buahan


IMG 5546 - Kek Kukus Buah-Buahan



Bahan2nya :
300gm tepung gandum

100gm gula halus
3 biji telur gred A
200gm mentega/butter
250gm buah campuran
1st soda bikarbonat
1st cream of tartar
1st esen vanilla
1 cawan gula – utk buat gula hangus
aluminium foil


                                                                          cara2nya :


1. Panaskan air dlm kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 300 gram, ambil sedikit dan gaulkan dgn campuran buah-buahan, gaul rata utk salutkan tepung dgn buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dr mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.

2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.


3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga ia sebati.


4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dgn tangan agak2 sudah sebati sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak blh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dgn telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dgn adunan mentega.


5. Masukkan tepung yg telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dgn adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dgn pusing kaup balik sehingga tepung sebati.


6. Menggunakan periuk non-stick yg ada handle, masak 1 cawan gula dan dgn api yg kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dgn cepat sehingga adunan sebati.


7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini utk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.


8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dgn mentega. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dgn aluminium foil dan kukuslah selama 2 jam..;))

Loading...

Tags: #BuahBuahan #Kukus

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kek Kukus Buah-Buahan"