KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

030 2 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

Assalamualaikum….
Salam sejahtera buat semua teman..
Dulu ramai orang teruja dgn kek keju meleleh ni..Orang kata kalau mkn tu sambil lelap-lelap mata kerana nak menikmati akan keenakan rasanya.Teruja sungguh nak mencubanya.Seperti biasalah..kalau nak mencuba resepi tu sukalah mintak tolong kat En.Google.Tak jumpa pulak Uj resepi yg sesuai..Dah cuba membuatnya tapi..tak menepati citarasa kami sekeluarga…Masih lagi mencari resepi yg diingini….

013 1 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

Uj pun terus cari dan mencari resepi yg benar-benar sesuai..Tetiba jumpa resepi ni di dapur Rosmarlina disini.Tergoda sungguh Uj dgn resepi kek keju meleleh  versi Ros ni.
Kepada yg berminat bole lah intai-intai resepi asal diblog ros jintan manis ni…
Terima kasih Uj kepada ros jintan manis kerana sudi berkongsi resepi yg amat sedap pd tekak Uj ni..Satu family Uj sukakannya…..yumyum….Terdengar desas desus kat belakang tu mintak dibuatkan lagi.Katanya tak puas mkn huhu….Seperti biasa Uj mohon maaf pd Ros kerana Uj ada buat sedikit tokok tambah pd resepi ni berdasarkan bahan yg Uj ada..
Izinkan Uj panjang-panjangkan lagi resepi yg sedap ni di sini yer…

019 1 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

 Okey jom kita tinjau resepi yg mabless ni…

Kek Keju Meleleh Cara Ros Jintanmanis.Com
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya
150gram tepung gandum  ( uj guna tepung naik sendiri)
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar ( Uj guna susu segar)
1 penutup esen vanila
74 gram butter atau majerin yg dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder ( kalau guna tepung naik sendiri skip)
sedikit garam ( uj tambah)

Bahan utk membuat sos keju

250 gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese) Uj guna tatura
250 ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream ( uj guna whiiping cream jenama pride)
5 sudu besar susu pekat manis ( uj 60 ml)
2 sudu besar susu cair ( Uj tambah)
1 sudu kecil jus lemon ( uj x letak)

Cara-caranya

1.   Panaskan oven 170 degree.Sediakan dua loyang.Sapu loyang dgn sedikit mentega dan letakan
      kertas minyak dan ketepikan.
2.   Ayak tepung jagung ,garam dan tepung gandum.Ketepikan.
3.   Satukan telur,gula,esen vanila dan ovellette.Putar dgn kelajuan yg tinggi sehingga telur
      menjadi putih dan kembang.
4.   Bila aduanan telur dah kembang,masukan tepung berselang seli dgn susu cair dgn kaedah
      kaub balik sehingga sebati
5.   Akhir sekali masukan mentega cair dan kaub balikan lagi adunan sehingga semua bahan sebati.
6.   Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
7.   Satu adunan dibiarkan plain dan satu aduanan lagi  addkan 3 sudu besar serbuk koko yg telah
      diayak dan tambahkan juga 3 sudu besar susu cair.
8.   Masukan aduanan kedalam loyang dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak. 

Buat krim Keju Meleleh

1.   Putar krim keju,susu pekat,susu cair dan whipping krim sehingga kesemua bahan sebati dan
      adunan menjadi licin dan tak berketul.Ketepikan

Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( Uj buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)

1. Potong dua kek yg siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ) kemudian masukkan kembali di dlm bekas, tuangkan krim keju meleleh tadi dan lapiskan atasnya dgn kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, blh potong dua kek tadi dan sapukan rata  krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dgn kek perisa vanila atau coklat, curah baki  krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2.Parutkan keju ceddar diatasnya…

Yummeh..memang mkn sambil lelap-lelap mata….

010 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

 Heavenly….

021 1 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

          Okey..enjoyy…

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 8 - KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS..

Loading...

Tags: #JINTAN #Keju #Manis #Meleleh #Versi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "KEK KEJU MELELEH VERSI ROS JINTAN MANIS.."