Kek Karamel

IMG 5042 1 - Kek Karamel

IMG 5056 - Kek Karamel

IMG 5059 - Kek Karamel

IMG 5062 - Kek Karamel
kek karamel ni kakcu buat semalam..utk sepupu abgcu
syamsul & farah yg dtg ziarah ke rumah..puas rasa hati
dapat menjamu pasangan pengantin baru ni dgn
hidangan yg kakcu masak sendiri..kalau tk selalunya
cuma tengok di fb je..;))
ni resepi kek karamel yg kakcu buat tu….
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula
~ masukkan 2 sudu besar gula ke dlm loyang,masak tanpa gunakan air dgn api perlahan,sehingga gula cair dan menjadi perang – ketepikan.

sediakan 6 biji telur.
(pastikan setiap biji telur tidak kurang dr 63gm)
asingkan kuning dan putih telur.
~ sediakan 3 bekas:
Bekas 1 – 6 putih telur
Bekas 2 – 3 kuning telur
Bekas 3 – 3 kuning telur

(B)
untuk membuat bahagian atas/karamel
~ ambil bekas yg mengandungi 3 kuning telur + 1 biji telur + 1 tin susu cair + 70gm gula kastor + 1/2 sudu teh esen vanila dan di kacau2 manja..jangan sampai berbuih,nanti tk jadi karamel nya.

kemudian tapiskan bahan (B) ini ke dlm bekas (A)

(C)
untuk membuat lapisan kek
~ ambil bekas yg mengandungi 3 kuning telur + 135ml air + 45ml minyak jagung/masak
dan di pukul menggunakan mixer sehingga pekat dan berbuih macam separuh meringue.
kemudian masukkan gula kastor 70gm dan di pukul lagi sehingga pekat.
campurkan adunan tadi dgn 140gm tepung gandum + 1 sudu kfc b/powder yg telah di ayak 3x.
kacau manja,guna senduk kayu pn blh. kacau sehingga betul2 mesra dan sebati.
**kalau nak kek tinggi sikit,tambahkan sukatan tepung gandum menjadi 150gm.

(D)
meringue.
~ ambil bekas yg mengandungi 6 putih telur + 70gm gula kastor + 1 sudu kfc cream of tartar.
pukul sehingga kembang dan bila bekas tersebut di terbalikkan kandungannya tidak jatuh.
** pastikan putih telur tidak bercampur dgn kuning telur walau sedikit pn.

kemudian campurkan adunan (C) ke dlm adunan (D) dan digaul menggunakan senduk sehingga sebati.
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan pewarna mengikut cita rasa masing2.

kemudian blh lah melakukan proses memasukkan adunan yg telah di warnakan kedalam loyang (A)+(B) secara berselang seli,lakukan sehingga habis.
bakar secara double boiler pd suhu 170darjah 50-60minit.
panaskan 0ven 10 minit terlebih dulu.


Loading...

Tags: #Karamel

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kek Karamel"