Kek Fruit Pastry Viral yg memang sedap

Bismillahirrahmanirrahim,
.
Resepi kek ini saya pernah kongsikan dlm majalah Aroma bulan Feb 2016 dan memang sedap. Baca resepi sampai habis tau 😍
photo 2018 12 03 12 50 59 1 - Kek Fruit Pastry Viral yg memang sedap

photo 2018 12 03 12 50 40 - Kek Fruit Pastry Viral yg memang sedap

.
Fruit Pastry Cake
.
Bahan-bahan :
• 100 g mentega
• 180 g gula caster (saya letak 160 g)
• 50 g sour cream (atau greek yogurt perisa asli)
• 3 biji telur gred A (dipukul sedikit dgn garfu)
• 1/2 sudu teh esen vanilla
• 1 sudu teh pes lemon (atau pati sunquick)
• 210 gm tepung naik sendiri
.
Bahan hiasan :
• Buah-buahan seperti strawberi , blueberry, peach, kiwi, nenas, epal dan lain-lain jenis buah yg tidak terlalu berair. Jika menggunakan buah dlm tin, airnya hendaklah ditoskan dan buah perlu dilap kering.
.
• Snow powder secukupnya (untuk ditabur atas kek yg telah masak)
.
Cara penyediaan :
1. Pukul mentega , gula dan sour cream sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sambil dipukul lagi. Bila telah sebati, masukkan esen vanilla dan pes lemon.
3. Masukkan tepung dan kacau secara kaup balik.
4. Griskan loyang bulat bersaiz 8 inci , alas dgn kertas minyak dan gris sekali lagi.
5. Masukkan adunan ke dlm loyang dan ratakan permukaannya. Hentak 2 atau 3 kali utk mengeluarkan udara dan supaya buah tidak tenggelam nanti.
6. Susun buah-buahan pd bahagian atas kek (tidak perlu ditekan, memadai meletakkannya sahaja).
7. Panaskan ketuhar selama 10 minit terlebih dahulu. Bakar adunan kek pd suhu 160’C selama 45 – 50 minit. (bergantung kepada oven masing-masing)
8. Sejukkan kek diredai dan blh dihias dgn menabur snow powder diatasnya.
.
*semua bahan kek diatas blh dibeli di kedai bakeri.

photo 2018 12 03 12 50 54 - Kek Fruit Pastry Viral yg memang sedap

Loading...

Tags: #Fruit #Memang #Pastry #Sedap #VIRAL

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kek Fruit Pastry Viral yg memang sedap"