Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi… 

Loading...

Untitled design 1 23 - Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi… 

Pernah mkn kek dr buah-buah tempatan. Kalau belum nah ini 3 resepi berasaskan nangka,labu dan keladi. 

Lebih hebat lagi ada rempah ratus dlm ramuannya. Cuba jangan tak cuba.

1.KEK NANGKA MOUSSE REMPAH KAYU MANIS & JINTAN MANIS

Untitled design 25 - Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

Bahan utk ‘filling’ mouse :

  • 335 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 117 gm gula halus
  • 25 gm gelatin
  • 335 gm krim putar

Bahan utk puri nangka :

  • 300 gm nangka yg telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 5 gm kulit kayu manis

Bahan utk kek span vanilla :

  • 125 ml air
  • 500 gm tepung span vanilla
  • 125 ml minyak masak
  • 500 gm telur

* Kek ini terdiri dr 4 lapisan yg diselang seli, dimulai dgn span vanilla, mousse nangka dituruti span vanilla dan atas sekali mousse nangka.

CARA MEMASAK :
Cara masak mousse :
1. Panaskan susu dlm periuk.
2.Di dlm mangkuk berlainan, pukul telur dan gula sehingga hancur.
3. Setelah itu masukkan susu yg telah dipanas ke dlm bekas telur dan gula tadi.
4. Kemudian masakkan sebentar di dlm periuk atas dapur.
5. Kemudian tuang ke dlm mangkuk yg bersi ais di bawahnya (waterbath)
6. Masukkan puri nangka dan gelatin yg telah dicairkan dan gaul sehingga sebati.
7. Tuangkan di atas span vanilla, sejukkan dan ulangi proses sehingga habis

Cara masak puri nangka :
1. Masak nangka yg sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan.
3. Puri ini nanti akan dimasukkan dlm mousse

Cara masak span Vanilla :
1. Masukkan kesemua bahan kek kecuali minyak masak ke dlm mesin pengadun.
2. Putarkan sehingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati.
4. Bakar pd suhu 180 darjah celcius, atas dan bawah selama 13- 15 minit. Bila sejuk letakkan span vanila, di lapisan bawah diselang seli dgn mousse nangka.

Saiz hidangan : 1 kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Masak atas api dan bakar
Keistimewaan :

Rasa nangka bersama kayu manis dan jintan cukup enak.
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Jika anda penggemar mangga blh sahaja menggantikan nangka.
Resipi puri mangga sama seperti resipi nangka.

2.KEK LABU MOUSSE JINTAN PUTIH

Untitled design 24 - Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

Bahan filling mousse :

  • 335 gm susu
  • 2 biji kuning telur
  • 117 gm gula halus
  • 25 gm gelatin
  • 335 gm krim putar

Bahan puri labu :

  • 300 gm labu yg telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 3 gam jintan putih /dikisar
  • 5 gm bunga lawang /dikisar
  • 5 gm serbuk kayu manis

Bahan kek span vanilla :

  • 125 ml air
  • 500 ml tepung span vanilla
  • 125ml minyak masak
  • 500 gm telur

*Kek ini mempunyai 4 lapis bermula dgn span vanilla dan diselang seli dgn mousse labu, span vanilla dan mousse labu

CARA MEMASAK :
Cara masak puri labu :
1. Masak labu yg sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising,jintan manis, bunga lawang dan serbuk kayu manis.
2. Tapiskan dan sejukkan

Cara masak mousse :
1. Panaskan susu
2. Di dlm mangkuk yg berlainan pukul telur dan gula sehingga hancur
3. Setelah itu masukkan susu yg telah dipanaskan ke dlm bekas telur dan gula
4. Kemudian tuang ke dlm mangkuk yg berisi ais di bawahnya (waterbath).
5. Masukkan puri labu dan gelatin yg dicairkan dan gaul sehingga sebati.
6. Tuangkan ke atas kek span.Sejukkan dan ulangi proses diselang seli dgn span vanilla sehingga habis

Cara masak kek span vanilla:
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali minyak masak ke dlm mesin pengadun.
2. Putar sehingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 13- 15 minit

Saiz hidangan : Satu kg
Masa memasak : 30 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Rasa lembut berkrim dan aroma rempah yg wangi
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Kek mousse sedap dimakan apabila telah didinginkan dalam peti sejuk .

3.KEK KELADI SANTAN AROMA REMPAH RATUS

Untitled design 23 - Kek Dari Buah-Buahan Tempatan. Siap Masuk Rempah Lagi… 

BAHAN-BAHAN :

Bahan span pandan :

  • 125 ml air

  • 500 gm tepung span vanilla
  • 125 ml minyak masak
  • 500 gm telur
  • 15 gm perasa pandan

Bahan puri keladi :

  • 450 gm keladi yg telah direbus
  • 100 gm gula aising
  • 5 gm jintan manis
  • 5 gm bunga lawang
  • 5 gm buah pelaga
  • 5 gm serbuk kayu manis

Bahan inti kelapa manis :

  • 2 cawan kelapa parut
  • 150 gm gula melaka
  • 1 cawan air
  • 200 gm gula aising

*Inti kelapa manis 100 gm
* Kek ini terdiri drpada 4 lapisan. Lapis bawah span pandan diikuti dgn puri keladi, span pandan, puri keladi dan atas sekali puri keladi bersama kelapa manis.

CARA MEMASAK :
Cara masak kek span pandan:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dlm mesin pengadun.
2. Putar sehingga kembang
3. Kemudian masukkan minyak perlahan-lahan sehingga sebati
4. Bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 13-15 minit

Cara masak puri keladi :
1. Masak keladi yg sudah direbus dan dilenyek di atas dapur bersama gula aising, jintan manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan serbuk kayu manis.
2. Tapis dan sejukkan. Puri keladi akan diletakkan atas span pandan secara berselang.
Cara masak inti kelapa manis :
1. Masak air sehingga mendidih, masukkan gula dan kelapa parut.
2. Masak sehingga kering dan pekat
3. Di dlm periuk yg berlainan, masukkan santan dan gula aising. Masak sebentar.
4. Masakkan inti kelapa manis, sapukan atas kek lapisan atas bersama puri keladi.

Saiz hidangan : Setengah kg
Masa memasak : 40 minit
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Cara memasak : Panas atas api dan bakar
Keistimewaan : Enak dgn rasa keladi, dan manis dgn inti kelapa
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Anda blh juga menggunakan keledek menggantikan keladi.

RESIPI : CHEF S.T GANA & SURIANI YUP
Terima kasih : Hotel Crystal Crown, PJ, Selangor

Loading...

Tags: #BuahBuahan #Dari #LAGI #Masuk #Rempah #Siap #Tempatan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.