
Selalu kita dengar kek coklat vanila kan? Kali ni kita buat kek cokat sunquick pula. Rasanya mesti unik sebab ada rasa coklat dan masam manis oren sunquick. Jom try.
KEK COKLAT SUNQUICK
BAHAN-BAHAN
• 1 cawan air suam.
• 1 cawan minyak masak
• 1 setengah cawan tepung gandum
• Coklat masakan (diparut)
• Coklat chips (untuk hiasan)
BAHAN DIKISAR
• 4 biji telur.
• 1 cawan gula
• 4 sudu besar susu pekat manis
• 4 sudu besar serbuk koko
• 4 sudu besar sunquick
• 1 sudu besar ovelet
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil coklat emulco
Cara membuat
1. Satukan semua BAHAN DIKISAR. Kemudian putar guna mixer sampai gebu. Masukkan air suam dan minyak masak. Putar lagi sampai sebati.
2. Masukkan tepung gandum. Putar sebati. Kemudian tuang parutan coklat masakan tadi di dlm bancuhan tepung. Hanya perlu kaup-kaup sahaja dgn sudip.
3. Tuang dlm acuan. Acuan perlu sapu minyak masak.
4. Tabur coklat chips.
5. Kek ini blh dibakar atau dikukus.
6. Bakar pd suhu 180°C selama 45 minit. Tepulang pd oven masing-masing.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Masni Bahari dr Telegram KakiMakan
Tags: #Buat #Coklat #Rasa #Senang #Sunquick #Unik