Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

aIMG 5909 1 - Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake


Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
2 biji telur Grade A
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar oren emulco / Jus Sunquick
1 cawan jus oren segar (3 biji oren)

2 Loyang 8in di alas kertas minyak dan di gris

aIMG 5862 - Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Cara-cara :

  1. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. Tabur loyang dgn serbuk koko sehingga rata.  Keluarkan lebihannya.
  3. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan.
  4. Dalam periuk, satukan serbuk koko, susu, minyak, oren emulco dan jus oren.
  5. Panaskan sehingga serbuk koko dan gula larut.  Tidak perlu sampai mendidih.
  6. Apabila suam, masukkan tepung ke dlm larutan koko, gaul sebati.
  7. Masukkan telur dan kacau sehingga rata.
  8. Tuang sama banyak ke dlm 2 loyang, ratakan.
  9. Bakar selama 35-40 minit sehingga masak.
  10. Cucuk dgn lidi, jika keluar bersih, keluarkan kek dr oven.
  11. Sejukkan dahulu sebelum di lapisi dgn krim.
aIMG 5888 - Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Icing krim Keju Coklat Oren
2 cawan gula icing
8 sudu besar mentega suhu bilik
250 gm krim keju pd suhu bilik
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar jus oren segar
1/4 sudu teh oren emulco / Jus Sunquick

Cara-cara :
Putar krim keju, mentega dan gula icing sehingga berkrim.
Masukkan serbuk koko, jus oren dan oren emulco, putar sebati.
Sapu atau picit di atas kek, dan hias dgn hirisan oren dan taburan coklat.

aIMG 5871 - Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Loading...

Tags: #Cake #Chocolate #Coklat #ORANGE #Oren

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.