KEK COKLAT MONOGRAM

KEKBMONOGRAM - KEK COKLAT MONOGRAM

Assalam buat semua…
Kek coklat  ini di buat semasa harijadi BFF saya yg sudah pun berlalu..
Buat sendiri lebih jimat dan lebih bermakna.
Lagipun harga kek monogram ini mahal sikit jika di tempah
Puashati blh mkn sebab letak topping banyak
Kredit resepi to NorAzlita Aziz.Thanks
Let’s try baking

KEK COKLAT MONOGRAM

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
*satukan kesemua bahan
  ayak dan ketepikan

Bahan B
3 biji telur size A
300 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D
250 ml air panas

*untuk mendapatkan kek yg lebih moist dan lembut blh tambah 2 sudu besar susu pekat.

Cara membuatnya
Satukan kesemua bahan B
Pukul sehingga putih
Masukkan minyak dan susu cair dan 2 sudu besar susu pekat

Pukul sehingga sebati
Masukkan bahan tepung yg telah di ayak tadi.
Kaup balik sampai rata

Tambahkan air panas dan gaul sebati
Griskan loyang dan lapik dgn kertas minyak(saya guna bekas aluminium)
Tuang adunan ke dlm loyang empat segi
Bakar dgn suhu 170’c api atas bawah
Masa membakar dlm1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung pds jenis oven masing-masing.

Bila kke dah masak,sejukkan
Potong kek dua bahagian mengikut abjad pilihan

Bahan topping lapisan tengah-coklat mousse

Bahan topping lapisan atas-krim putar

Bahan
250 gm krim putar
50 gm serbuk koko
70 gm gula halus
1 sudu besar nescafe/mocha paste
1 sudu besar gelatine
4 sudu besar air panas

Cara membuatnya
Satukan air panas dan serbuk gelatine
Kacau rata.
Putar krim sehingga kental
Tambahkan serbuk koko,gula dan serbuk nescafe/mocha paste.
Pukul dgn kelajuan perlahan
Akhir sekali masukkan larutan gelatine,kacau rata.

Kek yg telah di potong dua
Sapukan dgn bancuhan nescafe 3 dlm 1
Guna nozzle dan paipkan coklat mousse di atas kek
saya paipkan coklat paste di atas coklat mousse

Lapiskan dgn kek satu lagi
Sapukan dgn bancuhan nescafe
Paipkan krim putar
Jika ada coklat mousse yg berbaki blh juga di paipkan di lapisan atas.
Letan hiasan pilihan(saya guna fresh fruit)
Sejukkan di dlm peti ais supaya krim set.

Loading...

Tags: #Coklat #MONOGRAM

author
Author: 
    Ini Trik Paling Senang Kurangkan Masam Buah-Buahan, Guna Garam Je.
    Percaya atau tidak, rasa buah yg terlalu masam memang membantukan selera mkn. Jangan
    Ini 2 Jenis Red Velvet, Tak Pro Pun Blh Buat Uolls.
    Tak tau nak buat apa hujung minggu? Jom kita baking buat dua jenis
     Ini 5 Cara Masak Nasi Goreng, Menu Ala Carte Paling Sempoi & Sedap.
    Orang Malaysia memang sinonim dgn  Nasi Goreng, sebab itulah  pelbagai menu nasi goreng
    Ini Cara Masak Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar Yang Sedap Mampan.
    Tengok serdak udang yg garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dpt

    Leave a reply "KEK COKLAT MONOGRAM"