KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

014 2 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

Assalamualaikum..salam hujung minggu buat semua teman.
Terima kasih kerana sudi intai mengintai kedapur Uj ni..
Dah lama sebenarnya Uj tak membaking.Sebabnya mood membaking kelaut.Secara kebetulan atas permintaan anak buah yg datang bertandang ,Uj buat kan sebijik kek coklat.
Resepi Uj gunakan resepi dr  kek coklat kukus dr Puan Munira Baharom  rakan Fb Uj.Kek coklat versi Puan munira ni versi kukus pernah Uj buat sebelum ni disini.Memang pemes kek coklat moist versi kukus Puan Munira ni.Ramai yg dah mencubanya.
Tapi kali ni Uj buat versi bakar plak.Entah kenapa malas pulak Uj nak mengukusnya.
Hasilnya memang tak mengecewakan.Masih tetap moist….yumyum…

Tak caya..cer close-up sikit…ha moist kan…

015 1 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

Bila anak buah dah datang terus Uj hidangkan tak sempat pun nak snap gamba..Sekejap jer dah licin..hehe Suka betul diorang…Siap pesan “nanti bole x buatkan lagi yer..yer..”
Hish-hish…Yelahh…

 Ni jer la yg dapat Uj selamatkan ..sepotong jer.Uj tinggalkan utk Encik Suami..

024 1 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

Terima kasih kepada Puan Munira diatas resepi keknya yg sedap ni…Tapi maaf laa yer bahan-bahannya Uj termenderhaka sikit….

KEK COKLAT KUKUS MOIST
Resepi dr: Puan Munira Baharom ( rakan FB)

Bahan A:

1 cwn gula pasir* ( Uj guna gula perang)
1 cwn serbuk koko*
1 cwn susu cair* ( UJ guna susu perasa coklat jenama dutch lady)
1 cwn susu pekat*
1 cwn myk masak* ( UJ guna minyak jagung)

Bahan B:  ( diayak bersama)

3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kfc baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat
secubit garam ( Uj tambah)

Bahan C:

4 biji telur diblender  (Uj pukul menggunakan whisk)
1 sudu teh esen vanila ( Uj tambah)

Cara:

1.  Satukn bahan A (yg bertanda *) kedlm periuk.Gaul sebati dan dimsk atas api yg perlahan sehingga
     adunan menjadi licin.Rehatkn sebentar bila dah sebati.

2.  Satukan bhn B dan C kedlm A(berselang seli.gaul dgn senduk).add esen vanila.Gaul rata.

3.  Bila dah sebati tuang kedlm loyang yg tlh disapu dgn sedikit myk dan dialas dgn kertas.

4.  Panaskan oven selama 15 minit dgn suhu 170 degree dan masukan adunan kedalam oven.
     Bakar selama 45 ~ 50 minit. ( atau mengikut tahap kepanasan oven memasing)
5.  Utk memastikan kek dah masak cucuk dgn lidi dan bila lidi tu keluar dgn keaadaan
     yg bersih..boleh lah dikeluarkan kek tersebut.
6.  Sejukan terlebih dahulu sebelum dituangkan topping coklat diatasnya.
   

   Utk topping :

1/3 cwn susu pekat ( bole kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cwn serbuk koko( Uj guna van hauten)
1/2 cwn minyak jagung ( bole guna minyak masak)
sedikit garam

 Cara:

Satukan semua bahan dan masak diatas api yg kecil.
Bila kek telah sejuk,tuangkan coklat diatas kek…
Biar meleleh ditepi kek..yumyum

002 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

 Memang rancang nak buat sekali lagi versi bakar ni.
 Memang tak puas mkn…..dan nak jamu lagi sekali anak-anak buah hehe…
 Tentu diorang suka…

021 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

        Okeyy…happy baking

BC0AB89BF17C02E91A0D7295C3BA4747 6 - KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR

Loading...

Tags: #BAHARUM #Bakar #Coklat #Kukus #Moist #MUNIRA #Versi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "KEK COKLAT KUKUS MOIST MUNIRA BAHARUM VERSI BAKAR"