KEK BUTTER MARBLE

49662929 10215192929051073 7350996497455906816 n 1 - KEK BUTTER MARBLE

49348520 10215192928891069 6495022559178784768 n - KEK BUTTER MARBLE

49818027 10215192928611062 1753066647905632256 n - KEK BUTTER MARBLE
Semalam beli butter golden churn harga promosi kat giant. Tapi Harga promosi pun masih mahal.. beli sebuku je. Eh, tapi pelik la.. harga barang makin lama makin mahal.
Balik rumah terus buat kek belang2 ni. Wangi dan sedap sungguh. Iman blh mkn berketul ketul.. dah habis dia mintak… “mama, nak agi..” 😁
Dah seperti jangkaan.. kek ini juga tidak bertahan lama.. habis dah…
Saya guna resepi basic butter cake je.


RESEPI KEK BUTTER MARBLE
Bahan-bahan:
250g butter / marjerin
180g gula pasir halus
4 biji telur – gred A
250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
100g susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuatnya:
– Satukan Butter/marjerin, Gula dan ovalette.
– Putar sehingga kembang dan berwarna putih.
– Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di putar perlahan. kacau rata.
– masukkan tepung dan baking powder.
– Akhir sekali susu cair / uht. gaul sehingga sebati.
– Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letak perwarna kegemaran.
– Sediakan loyang yg telah di lapis dgn kertas minyak.
– tuang 1 senduk adunan ke dlm loyang. kemudian tuang lagi seseduk adunan (warna lain) di atas adunan pertama tadi. (bertindih) buat sehingga habis. (terpulang nak buat corak apa pun)
– Bakar selama lebihkurang 30 minit pd suhu 170’c atau sehingga masak.
– sejukkan sebelum di potong dan di hidang.
Loading...

Tags: #Butter #marble

author
Author: 
    Percutian London dan Europe 2019
    Alhamdulillah kami telah selamat sampai di rumah setelah bercuti selama lebih 2 minggu
    Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake
    Kek Coklat Oren / Chocolate Orange CakeBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan1 cawan tepung
    Roti Bakar Telur Bersama Keju, Menu Sarapan Ringkas Tapi Sedap
    Sarapan sangat penting. Ramai yg skip sarapan sebab tak sempat nak memasak. Sibuk
    Pajeri Nanas dan Terung, Resipi Mudah Bangkitkan Selera
    Pajeri nanas selalu kita mkn di kenduri kahwin. Sedap kan pajeri nanas ni.

    Leave a reply "KEK BUTTER MARBLE"