Kek Buah Kukus Terbaik

aIMG 7610 1 - Kek Buah Kukus Terbaik

Kek Buah Kukus Terbaik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm gula pasir
250 gm mentega asli
400 gm mixed fruit, cuci dan toskan sehingga kering
100 gm ceri merah dan hijau, biarkan sebiji2
3 biji telur grade A
60 ml air panas
350 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pala

Loyang 7 atau 8in di leser mentega

aIMG 7639 - Kek Buah Kukus Terbaik


Cara-cara :

  1. Ayak tepung, baking soda, cream of tartar dan campurkan serbuk buah pala (nutmeg).
  2. Masukkan gula ke dlm periuk atau kuali tebal, masak dgn api sederhana.
  3. Jangan mengacaunya, goyangkan periuk ke kiri kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah keperangan.
  4. Tutup api dan masukkan air panas di tepi periuk supaya tidak terpercik.
  5. Kacau sehingga gula larut, masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair.
  6. Masukkan mixed fruit, gaul rata dan masak sekejap atas api.
  7. Bila suam, kaup balikkan tepung dan rempah.
  8. Pukul telur bersama esen vanilla sehingga berbuih.
  9. Masukkan ke dlm adunan sedikit demi sedikit, gaul sehingga sebati.
  10. Masukkan ke dlm loyang dan ratakan.
  11. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 2 jam atau lebih.

aIMG 7560 - Kek Buah Kukus Terbaik

Kek Buah Kukus Terbaik

Loading...

Tags: #Buah #Kukus #Terbaik

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kek Buah Kukus Terbaik"