KEK BUAH BAKAR MUDAH

DSC 0422 1 - KEK BUAH BAKAR MUDAH
DSC 0442 - KEK BUAH BAKAR MUDAH

Assalamualaikum selamat Hari Raya Aidilfitri kak Nina ucapkan.

Sebenarnya dr minggu-minggu lepas kak nina teringin sangat nak mkn kek buah bakar. tak de la suka sangat mkn kek buah ni.. cuma teringin…  Tapi tak berkesempatan nak buat..

Semalam tetiba di rasuk Jin Rajin.. Terus melompat keluarkan bahan-bahan nak buat kek. ni kalau lengah-lengah takut bulan depan kang baru kek buah ni siap.

Kak nina buat kek ni guna resipi butter cake je. cuma kuantiti gula kak nina kurangkan dan tukar ke gula perang. Lagi 1 kak nina tak letak buah-buahan campuran yg banyak dlm kek ni.. Sebabnya.. kak nina menyampah nak kutip buah-buah kat tepi pinggan. tu nasib baik kat tepi pinggan.. kadang2 tepi bucu meja pun ada.. stress mak hokay.. Budak-budak tak suka mkn.

DSC 0437 - KEK BUAH BAKAR MUDAH

Jom Layan Resepi Kek Buah Bakar yg simple.

RESEPI KEK BUAH BAKAR

Bahan-bahan
1 ketul Butter (220g / 250g)
170g Gula Perang
4 biji telur
1 camt Esen Vanila
2 sudu mkn orange Sunquick
1 camt baking Powder
1 camt Soda Bikarbonat
1/2 camt Garam
230g Tepung Gandum
250g – 300g Buahan kering campuran + 2 sudu mkn tepung gandum (di gaul bersama)

Cara membuatnya:

kekBbuahB1 - KEK BUAH BAKAR MUDAH
kekBbuah1 - KEK BUAH BAKAR MUDAH
– Satukan 2 sudu mkn tepung gandum dan buah-buahan kering campuran terlebih dahulu. gaul rata. ini bertujuan supaya buah tidak mendap ke bawah kek.
– Putar butter dan gula sehingga kembang. kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. putar rata.
– Masukkan 2 sudu mkn sunquick gold dan esen vanila.
– Satukan Soda bikarbonat, garam dan baking powder ke dlm tepung gandum.
– Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dlm adunan butter sambil terus di putar perlahan.
– Akhir sekali. masukkan buah-buanan campuran dgn menggunakan kaedah kaup balik.
– Masukkan ke dlm loyang. ratakan.
– Tabur buah-buahan campuran dan badam cincang di atas permukaan adunan kek.
– Bakar menggunakan suhu 170’c selama lebihkurang 45 minit ke atas atau sehingga masak.
– Sejukkan sebelum di potong.
DSC 0464 1 - KEK BUAH BAKAR MUDAH

Loading...

Tags: #Bakar #Buah #Mudah

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "KEK BUAH BAKAR MUDAH"