Kebun Sayur Terung

Salam jumaat semua..pagi ni nieyl saja nak share dgn korang kebun sayur kebun family nieyl. Actually tanah ni ayah dah buat penama adik beradik. Dah ada beberapa rumah didirikan, tapi belum siap sepenuhnya. Ada seorang hamba Allah ini yg sangat rajin, ayah amanahkan tanah ni utk dia tanam pokok-pokok, sayur-sayur . Yela drpada tanah tu terbiar, biarlah dieorang yg rajin berjasa pd tanah tu betul tak?
IMG 20190224 103437 1 - Kebun Sayur Terung
Last week nieyl bawa mak pergi tengok kebun saja je, nak tengok kalau ada terung telunjuk tu nak petik buat masak lemak, tapi tak sangka pula pokok-pokok terung bulat dah mengeluarkan hasil..Ya Allah seronoknya. Walaupun bukan kita yg tanam tapi bila nampak dah berhasil tu jadi seronok nak tolong petik..

IMG 20190224 103449 - Kebun Sayur Terung

Kalau dlm gambar tu blh nampak ada pokok pisang, pokok jagung, cili api, pokok terung dan lain-lain lagi. Ayah dan mak memang amanahkan Dollah tu utk jaga kebun ini. Mak ayah dah anggap dollah tu macam anak dia sendiri. Selain dr tu dollah juga ada bela kambing, dollah ni kerja dia memang berkebun saja. 

IMG 20190224 103543 - Kebun Sayur Terung
Suka nieyl tengok pokok-pokok terung ni berbuah. Yg ni masih kecil lagi, tak blh petik..Sejuk tangan orang yg tanam ni kan, sekejap je dah berbuah..banyak pokok terung yg di tanam, memang blh buat jual,cantik je..

IMG 20190224 104558 - Kebun Sayur Terung
Selain terung bulan, terung panjang pun ada..Ini lah hasil yg pertama yg nieyl ambil last week. Besar-besar tahu, dapat lah masak dalca ke, kari ke kan..Jadi, kalau korang ada kawasan tepi-tepi rumah tu, rajin-rajin la tanam apa-apa pokok-pokok sayur. Sekarang ni dollah tengah buat batas utk tanam keledek pula..
Bulan depan pula la pergi tengok hasil-hasilnya..nanti nieyl share pokok lain pula ya… 😊

Loading...

Tags: #Kebun #Sayur #terung

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Kebun Sayur Terung"