Kebajikan, Imej & Beban Tugas Guru Jadi Fokus Utama Kerajaan – Maszlee

Loading...

A19F01B4 2869 4D88 BEA4 54AE261638D1 - Kebajikan, Imej & Beban Tugas Guru Jadi Fokus Utama Kerajaan - Maszlee

Teras pencapaian kedua dlm reformasi pendidikan setahun di bawah Kerajaan PH ialah menjadikan kebajikan guru sbg fokus utama.

Dalam teras pencapaian ini terdapat dua perkara yg dilihat secara menyeluruh.


Pertama ialah aspek beban tugas guru.

Bagi menangani keresahan guru dlm hal berkaitan beban tugas ini, bermula pd thn 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka lima inisiatif dan sembilan intervensi khusus.

Semua inisiatif dan intervensi ini dilaksanakan utk mengatasi pertindihan tugas supaya guru-guru dpt memberikan fokus secara lebih besar kepada aspek pengajaran dan pembelajaran di dlm bilik darjah.

Selain itu, KPM juga telah mengenal pasti beberapa inisiatif lain yg sesuai utk dilaksanakan dlm tempoh jangka panjang. Inisiatif ini adalah utk menangani isu-isu berkaitan guru yg lebih kompleks.

58689359 2765764093494846 4564069854910349312 n - Kebajikan, Imej & Beban Tugas Guru Jadi Fokus Utama Kerajaan - Maszlee

Ia melibatkan kajian semula dasar dan peraturan sedia ada, penambahbaikan infrastruktur fizikal ICT, pengoptimaan perjawatan dan pengisian sumber manusia di sekolah.

Ini termasuk isu berkaitan waktu kerja guru, capaian Internet di sekolah, integrasi sistem maklumat, peranan pentadbir dan anggota kumpulan pelaksana dan agihan guru di sekolah.


Perkara kedua yg menjadi perhatian dlm teras pencapaian ini ialah kebajikan dan imej guru.

KPM sedang dgn giat mengadakan perbincangan lanjut dgn semua pemegang taruh sedang dijalankan bg menggubal Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah.

Di samping itu, KPM juga dlm usaha mengukuhkan fungsi dan peranan yg dimainkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) utk turun ke sekolah-sekolah dan mengajar bg membantu memberikan panduan kepada guru dan pihak sekolah.

Buat permulaan, Pihak JNJK sedang menyediakan Koleksi video Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) utk perkongsian best practices dgn guru mengikut keperluan.

Guru ialah obor hemah, tunjang terpenting dlm mendukung sistem pendidikan negara. Kegembiraan guru dlm melaksanakan tugas akan memastikan manfaat besar kepada murid.

Justeru, KPM akan meneruskan pelbagai usaha memastikan bidang tugas guru sentiasa memenuhi keperluan dan tanggungjawab utama mereka, utk mencurahkan ilmu dan memberikan didikan terbaik buat anak-anak kita.

Sumber: FB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Loading...

Tags: #beban #fokus #Guru #Imej #JADI #Kebajikan #Kerajaan #Maszlee #Tugas #Utama

author
Author: 
    6 Artis Indonesia Ini Punya Anak Sebelum Nikah, No 2 Diisukan Gay, No 4 Hamil Duluan!
    slidegossip.com – Popularitas yg diraih seorang artis turut membawa rasa penasaran publik soal
    Demo Ormas Tolak DWP Bubarkan Diri Karena Suara Speaker Kalah Keras!
    slidegossip.com – Penyelenggaraan acara Djakarta Warehouse Project (DWP) yg dihadiri byk artis dan
    Trio Ikan Asin Dipenjara, Kumalasari Makin Populer! Mbak You: 2020 Dia Akan Jatuh!
    slidegossip.com – Tak bisa dipungkiri, gara-gara kasus video ikan asin, nama Barbie Kumalasari
    Tiga muka surat pelajaran tulisan Jawi jadi pertikaian Dong Zong didedahkan
    Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan utk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan

    Comments are closed.