Kari Udang Sedap

IMG 8730 - Kari Udang Sedap

Semasa Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja, ada dikemukakan soalan bagaimana seorang yg bekerja ingin memaksimumkan ibadah di bulan Ramadhan. 

Jawapan yg diberi oleh mufti adalah waktu kerja, mesti diutamakan. Kena bekerja dgn betul dan niatkan ianya sbg ibadah. Kerja adalah sejuzuk dr ibadah. Ada orang yg kerjanya hanya mengikut masa di punch card. Yg penting, mereka punch in dan punch out lepas tu balik. Ada pula yg kerja ikut penyelesaian atau settled sesuatu kerja. Kata Mufti kerja beliau adalah mengikut selesai satu satu kerja tanpa mengira masa.  

Bila ada masa selain dr waktu bekerja itu, baru kita guna utk amal ibadah. Banyak jabatan yg mengamalkan waktu kerja anjal di bulan Ramadhan, sbg contoh jika masuk pukul 7.30 pagi, blh balik 4.30 petang. Ianya adalah bagi membolehkan pekerja menyesuaikan masa di bulan Ramadhan bagi membolehkan mereka merebut peluang menambah amalan di bulan yg amalannya digandakan. 

Kita patut mengambil masa yg ada dgn melakukan amalan yg mudah mudah seperti solat di surau atau masjid. Seorang yg bijak menguruskan masa yg ada, akan pergi ke surau atau masjid lebih awal. Bukan pergi ketika hampir masuk waktu solat. Jadi jika awal, seorang blh membaca Al Quran sementara menunggu waktu solat. Orang normal memerlukan 25-30 minit utk selesai membaca satu juzuk Al Quran. Jadi jika ianya dilakukan secara konsisten, bermakna 30 hari dah blh menghabis bacaan 30 juzuk. Hari minggu pula adalah hari bonus. 

Selain itu, seseorang blh mendapat pahala dgn membuat kebaikan. Contoh berbuat baik pd anak isteri dgn menyantuni mereka. Membeli apa yg mereka suka mkn ketika berbuka. Perbuatan ini adalah juga perkara baik. Islam adalah agama yg mudah, agama yg penuh dgn toleransi dan menyeronokkan. 

Untuk menambah pahala, para suami blh mengajak anak isteri sekali pergi ke masjid. Bukan hanya mereka sahaja ke masjid sedang anak anak hanya melepak depan TV. Beri anak anak duit utk disedekah ke tabung masjid. 

Pengertian ibadah dlm Islam adalah luas dan besar. Bukan hanya dgn memegang tasbih dan beribadah di tikar sembahyang sahaja. Jadi walaupun seorang yg bekerja, mereka masih blh mendapat pahala dgn membuat amalan dan kebaikan. OK nanti di entri akan datang, saya akan sambung persoalan lain yg dijawab oleh mufti. Semoga bermanafaat. 
IMG 8729 - Kari Udang Sedap

Saya melihat Nana mengulang ngulang menceduk kuah ke dlm pinggan dan dicicah dgn murtabak. Nelly pula menanyakan mama masak apa udang ni, sedap sangat kuahnya. Hahaha apa apa pun jika masak kari udang atau ketam, kuahnya memang sedap dicicah dgn roti atau roti canai. 

Jangan lupa utk melihat video penyediaannya di SINI. Jom layan resepi mudah yg saya gunakan hari ini. Sangat sedap dimakan ketika berbuka atau bersahur. Tak perlu lauk banyak banyak. Gaul kuahnya dgn nasi putih panas panas. Memang sedap. Selamat mencuba… 

IMG 8732 - Kari Udang Sedap

Kari Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil cili kering kisar
1 pek 24 gram rempah Kari Udang 
400 ml santan segar
1/2 sudu kecil pes asam jawa 
1/2 sudu besar garam 

Cara cara:
Kisar kasar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga wangi. 

Masukkan rempah kari udang dan kacau rata dgn laju. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pecah minyak. Jika suka, masukkan air lagi sekali dan masak sehingga pecah minyak sekali lagi. Biar dua kali pecah minyak. 
IMG 8720 - Kari Udang Sedap

Setelah pecah minyak, masukkan udang dan kacau rata dgn api yg besar. 
IMG 8721 - Kari Udang Sedap

Masukkan air dan pes asam jawa secukupnya. Kacau rata. Masukkan santan. 

Kecilkan api dan biarkan merenih sehingga kuah terbit minyak. Akhir sekali masukkan garam. Sesuaikan rasa. 
IMG 8728 - Kari Udang Sedap

Bolehlah diangkat kerana udang tidak sedap dimasak terlalu lama. 
IMG 8734 - Kari Udang Sedap



Loading...

Tags: #Kari #Sedap #UDANG

author
Author: 
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa
    Resep Cara Memasak Ayam Kecap Enak
    Video ini menjelaskan bagaimana tentang resep dan cara memasak Ayam Kecap yang enak.
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding
    RESEP PUDOT PUDING SEDOT ♥ Silky Smooth Puding Video membuat pudot puding sedot

    Comments are closed.