KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN

Loading...

Assalamualaikum,

Lamanya saya tidak bersiaran dan blog terbiar tanpa sebarang update. Bukan disengajakan tetapi kesihatan ibu saya yg tidak mengizinkan disamping kerja-kerja ubahsuai dapur serta ruang tamu di rumah kecil saya membuatkan mood berblogging tidak datang-datang. Hari-hari saya masak utk keluarga dan anak-anak cuma tidak berkesempatan utk ambil gambar dan berkongsi dlm blog. Hari ini bila saya buka semula draft dlm blog, rupanya masih ada lagi resipi dan gambar yg belum diupdate sekian lama tersimpan.

Baiklah utk tidak membuang masa…saya kongsikan resipi kari udang mangga muda tanpa santan yg saya dah masak lamaaa dulu sbg penyeri utk entry hari ini setelah sekian lama menyepikan diri.
KariBUdangBPelamBMuda - KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN
KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN
Bahan-bahan 
½ Kilogram udang segar
1 inci kulit kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih 
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang putih – ditumbuk lumat(pes)

1 labu bawang besar – dimayang 
1 biji mangga muda – di kupas dan potong halus 
5 tangkai cili hijau – dibelah 
1 biji tomato 
1 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar serbuk cili 
 ½ sudu besar serbuk ketumbar 
Garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara membuatnya : 

1. Panaskan kuali berisi minyak, tumis kulit kayu manis, biji sawi dan bunga cengkih sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau. 

Setelah itu masukkan cili hijau dan kacau lagi sehingga layu. 

2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk cili dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pula pes bawang putih dan daun kari. Masukkan juga mangga muda dan tomato sambil dikacau.
KariBUdangBmanggaBmudaBtanpaBsantanB4 - KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN

3. Selepas itu blhlah masukkan udang dan biarkan mendidih sambil dikacau perlahan-lahan. 
KariBudangBmanggaBmudaBtanpaBsantanB3 - KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN

4. Masukkan juga serbuk ketumbar dan masak lagi sehingga terbit minyak dan renihkan. 
KariBudangBmanggaBmudaBtanpaBsantanB2 - KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN
5. Perasakan dgn garam dan gula(jika suka) dan setelah kuah pekat mendidih, matikan api dapur serta tabur daun ketumbar. Blhlah dihidangkan.
KariBudangBmanggaBmudaBtanpaBsantanB1 - KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN
Loading...

Tags: #Kari #Mangga #Muda #Santan #TANPA #UDANG

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "KARI UDANG MANGGA MUDA TANPA SANTAN"