KARI TULANG LEMBU

IMG 20140721 WA0002 1 - KARI TULANG LEMBU

Bahan A:

1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yg ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:

(disatukan di dlm blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya

Bahan C: Menumis

3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya

Penyediaannya:

1. Perap tulang daging lembu dgn Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.

Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:

1. Masukkan minyak secukupnya ke dlm periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yg diperap dgn rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak. 4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dgn garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk blh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau rata dan biarkan seketika di dlm periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
9. Sekiranya anda inginkan kari berada di dlm periuk Noxxa dan senantiasa berada dlm keadaan panas, blhlah guna fungsi `WARM/REHEAT’.


Loading...

Tags: #Kari #lembu #TULANG

author
Author: 
    EKSPERIMEN YAKULT, ICE CREAM DI GORENG
    Pada eksperimen kali ini akan di ungkap bagaimana hasilnya jika yakult, ice cream,
    Resepi Puding Karamel | Seminit Resepi
    Resepi Puding Karamel Puding Karamel Resepi Puding Karamel ini sangat mudah dan ianya
    Resep Kue Lapis Paling Enak
    Resep Kue Lapis Paling Enak Kue lapis ini cocok dinikmati pada acara santai
    Kakaolu Kek Tarifi – Pamuk Gibi Kakaolu Kek – Kolay Kek Tarifleri
    MALZEMELER (su bardakları 200ml’dir) 2,5 su bardağı un 1 su bardağı toz şeker

    Leave a reply "KARI TULANG LEMBU"