Kari Kampung Ayam

IMG 8622 1 - Kari Kampung Ayam
Saya ingin kongsikan petikan dr kuliah Ustaz Johari Abdul Wahab bila mengerjakan solat terawih dlm bulan Ramadhan. Utk mendapat ganjaran bila berterawih secara menyeluruh ialah dgn solat bersama iman sehingga selesai, maka akan ditulis ganjaran seolah ganjaran solat sepanjang malam. Hatta Nabi juga berehat iaitu tidak secara berterusan solat sepanjang malam. Ada 2 solat sunat yg Nabi cukup jaga iaitu solat sunat sebelum subuh dan solat witir. 

Yang perlu diperhatikan ialah, pertama solat Isyak dikerjakan secara berjemaah. Kedua, solat terawih sehingga selesai solat witir bersama iman. Maka seseorang mendapat ganjaran seolah beribadah separuh malam. Bila kita solat Subuh secara berjemaah, maka akan ditulis ganjaran seolah beribadah sepanjang malam. Jadi walaupun ketika kita tidur, ganjaran pahala berjalan seolah kita melakukan ibadah.

Dengan kata lain, amat rugi jika masjid membuat solat terawih 20 rakaat dan kita hanya melakukan 8 rakaat dan terus balik. Orang seperti ini tidak akan mendapat ganjaran pahala seolah beribadah separuh malam kerana tidak menamatkan solat witir bersama iman. OK sekarang kita pindah masuk bab masakan pula.

IMG 8623 - Kari Kampung Ayam
Nama masakan saya hari ini ialah Kari Ayam kampung. Hmm saya nak tulis tajuk pun agak was was takut terkeliru dgn kari ayam kampung. Bukan ayam kampung tapi kari kampung yg menggunakan serbuk kari kampung. 

Serbuk kari ini sangat tersohor di kampung saya di Bachok. Kalau ada majlis kenduri, biasanya tuan rumah atau tukang masak akan menggunakan serbuk kari ini. Serbuk kari Cik Jah di Perupok, Bachok.

Saya menyediakan kari ayam ini utk dimakan ketika sahur. Jadi selepas masak, saya ceduk dan masukkan ke dlm 3 bekas. Simpan dlm peti beku dan bila hendak dimakan, cuma keluarkan lebih awal. Biarkan ianya defrost sebelum dipanaskan.

Jom layan resepi yg saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINISelamat mencuba…

IMG 8626 - Kari Kampung Ayam

Kari Kampung Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg santan segar
3 sudu besar rempah kari kampung
4-5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji ubi kentang
1 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia yg dihiris halus sehingga wangi. 
IMG 8612 - Kari Kampung Ayam

Masukkan rempah kari dan kacau rata rata sehingga naik bau. Masukkan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak. 
IMG 8613 - Kari Kampung Ayam

Masukkan ayam dan kacau rata sehingga agak agak air ayam kering dan ayam kecut. Masukkan ubi kentang. 
IMG 8615 - Kari Kampung Ayam

Masukkan santan dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih. 
IMG 8617 - Kari Kampung Ayam

Masukkan asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Masak sehingga kuah sebati dan terbit minyak. 
IMG 8618 - Kari Kampung Ayam
IMG 8621 - Kari Kampung Ayam



Loading...

Tags: #Ayam #Kampung. #Kari

author
Author: 
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    NASI GORENG ALA RESTORAN mantapp
    NASI GORENG ALA RESTORAN Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Comments are closed.