Kari Ikan Sardin (Mackarel)

Adakala kuah roti canai yg dibeli dikedai agak kurang enak, jadi utk santapan keluarga apabila membeli roti canai dikedai utk dimakan dirumah, saya sediakan kari ikan sardin yg mudah utk disediakan ini.

Bahan-bahannya:

blogger image 1012178066 1 - Kari Ikan Sardin (Mackarel)

1 tin besar sardin Mackarel
1 pek kecil serbuk kari
**3 ulas bawang putih
**1 biji bawang besar
**1/2 inci halia
**semua bahan ditumbuk/mesin kasar
2 ulas bawang putih ~ dimayam halus
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 tangkai daun kari
2 keping asam keping
1 biji tomato ~ belah 4
1 cawan santan
Air
Garam dan gula
Minyak

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan bawang besar yg telah dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dlm anggaran 3 sudu besar minyak, tumiskn bahan-bahan yg telah ditumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari, daun kari dan sedikit air. Masak sehingga terbit minyak. Kalau kering tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga betul-betul masak dan terbit minyaknya.
4. Masukkan santan, asam keping dan ikan sardin, masak sehingga mendidih.
5. Perasakan masin, masam dan manisnya.
6. Masukkan tomato dan bawang yg telah digoreng tadi. Didihkan sebentar dan blhlah diangkat.

Walaupun mudah akan tetapi memakan masa juga kerana masa utk rempah kari itu naik minyaknya dlm proses menumis, Kalau mahu segera tak perlulah tunggu kari yg ditumis tadi naik minyaknya tetapi kurang umphlah rasanya nanti.

Loading...

Tags: #IKAN #Kari #Mackarel #SARDIN

author
Author: 
    Kuih buah rotan (keciput)
    Bahan-bahan : Telur 1 butir Kuning telur 1 buah Gula pasir 4 sendok
    Percutian London dan Eropah 2019 Hari: 4
    Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pd
    Sarapan Puding Roti Gaya Arab. Blh Mkn Masa Moreh.
    Masyarakat Arab memang suka mkn yg manis-manis. Di samping susu, yogurt mereka suka
    12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yg Sedap & Masak Tanpa Minyak
    Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yg masak tanpa minyak ni. Ha…Jika

    Leave a reply "Kari Ikan Sardin (Mackarel)"