Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

Loading...

Untitled design 18 1 1 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sbg gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Bg siapa nak buat kenduri kecil Ahad ni blh lah try resipi dr Che Nuri ni.

Untitled design 17 1 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

Che Nuri Azmi, pemilik Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya

Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dgn batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dr Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dlm resipi kenduri dr negeri-negeri belah utara .

1.KARI IKAN UTARA

Untitled design 16 2 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 kilo ikan Senangin
  • 3 liter santan
  • 18 sudu mkn rempah kari ikan
  • 3 sudu mkn serbuk cili
  • 3 sudu mkn halba campur
  • 5 tangkai daun kari | lurutkan dr tangkai
  • 15 batang kacang bendi
  • 4 biji tomato | belah empat
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air jika perlu
  • 1 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 20 ulas bawang merah | hiris halus
  • 2 biji bawang putih | hiris halus
  • 10 cm halia mudah | hiris halus memanjang

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dlm periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg dicampur dgn serbuk cili dgn air. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan sehingga kuah mereneh.
4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato.
6. Tutup api, kari sedia dihidankan.

INFO CHEF: Selain kacang bendi blh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau.
Saiz hidangan: 45 orang.
Masa memasak:45minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Kari yg enak dan tidak begitu pedas.

2. KARI AYAM

Untitled design 15 5 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg ayam | potong sederhana
  • 10 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 2 liter santan
  • 15 sudu mkn rempah kari daging

  • 4 sudu mkn serbuk cili
  • 5 tangkai daun kari | lurut dr tangkai
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan minyak utk menumis

REMPAH PENUMIS:

  • 3 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 10 kuntum bunga cengkih
  • 10 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 8cm halia

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dlm periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari sehingga wangi.
2, Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air bersama serbuk cili.
3. Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika sehingga isi ayam kecut.
4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang.
5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk.
6. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika kuah kari agak pekat blh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dgn garam dan gula.
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:45 minit .
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yg sedap dan tidak terlalu pedas.

3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT

Untitled design 9 5 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
  • 4 batang lobak merah | potong serong
  • 5 biji terung bulat | belah enam
  • 1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
  • 10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
  • 5 biji kentang | belah empat
  • 3 liter santan
  • 1.5 liter air
  • 15 sudu mkn rempah kari ikan

BAHAN TUMIS DARAT:

  • 5 sudu mkn halba campr
  • 5 biji bawang besar | hiris halus
  • 20 ulas bawang putih | hiris halus
  • 9cm halia muda | hiris halus
  • 5 tangkai daun kari | lurut dr tangkai
  • 1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Bancuh rempah kari dgn air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan.
2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan sehingga kentang empuk.
3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan.
4. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin).
5. Setelah cukup rasa. Tutup api.
6. Sementara itu, panaskan minyak dlm kuali, tumiskan halba campur dgn api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia.
7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api.
8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dlm periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bg mengekalkan keharuman bahan tumisan,

INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yg sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan blh juga guna ikan duri. Terserah pd cita rasa.

Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:

40 minit .
Cara memasak : Reneh dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Kari yg sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.

4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG

Untitled design 14 4 - Kari & Gulai… Lauk Kenduri Kesukaan Orang Utara. Resipi Warisan Che Nuri Azmi.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg daging | hiris nipis dan lebar
  • 5 batang umbut kelapa Potong memanjang
  • 1 paket rempah kari daging saiz sederhana
  • 5 sudu mkn serbuk cili
  • 1 cawan kerisik
  • 10 tangkai daun kari | lurut dr tangkai
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2.5 liter santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 1/2 cawan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

  • 4 batang kulit kayu manis
  • 8 kuntum bunga lawang
  • 15 biji buah pelaga
  • 15 biji bunga cengkih

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 20 ulas bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 8cm halia muda

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan rempah penumis bersama dgn bahan kisar serta daun kari.
2. Kacau rata sehingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dgn serbuk cili yg dibancuh dgn sedikit sehingga menjadi pes.
3. Terus kacau sehingga rempah masak dan timbul minyak.
4. Masukkan daging yg telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut.
5. Masukkan air dan biarkan mereneh sehingga daging empuk.
6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa.
7. Biarkan mereneh sehingga umbut pisang empuk.
8. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain umbut pisang blh juga guna umbut kelapa. Daging juga blh tukar dgn ayam. Terpulang pd cita rasa.
………….
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.

Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Loading...

Tags: #AZMI #Gulai #Kari #Kenduri #KESUKAAN #Lauk #Nuri #Orang #Resipi #Utara #Warisan

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.