Kari Daging Mudah dan Sedap

Kari Daging Mudah dan Sedap
Mungkin ada yg masih ingat bahawa saya tidak lah terlalu gemarkan melancung. Ada orang setiap thn melancung atau ada yg sampai dua tiga kali dlm setahun seolah satu dunia mahu dijejaki. Tapi tidak dgn saya. 

Saya juga bila ke mana mana, tidak akan pergi ke tempat yg sama sekali lagi kecuali beberapa tempat yg saya gemari atas sebab tertentu seperti London, Paris dan Bali jika di negara berdekatan. 

Ada yg menanya kenapa saya selalu ke London. Maksudnya lebih dr sekali. Jawabnya kerana saya suka shopping. Ke negara mana sekali pun yg saya kunjungi, mesti ada tarikan shopping. Bukan lah semata mata melancung dan melihat pemandangan indah. 

Antaranya yg saya ingin kunjungi Sri Lanka kerana batu permata dan juga Noritake. Iran kerana persian carpet, Prague kerana kristalnya. Pastinya London dan Paris, syurga membeli belah barangan berjenama. 

Jadi kebetulan saya dah ada contact direct dgn seorang peniaga di Iran, saya ingin menawarkan diri utk menjadi personal shopper carpet Iran dan juga barangan kraftangan Iran seperti handmade frame dan juga alas meja. Jika berminat blh email saya di aziekitchen1@gmail.com. Blh lihat di Instagram @aziekitchen utk melihat handmade carpet dr Iran yg saya bawa masuk.

Kari Daging Mudah dan Sedap
Hari ini saya ingin kongsikan masakan kari cara saya yg simple dan mudah mudah sahaja. Jika mahu lebih sedap, guna santan segar. Jadi kuahnya akan naik minyak cantik. Letakkan sedikit cili kisar semasa menumis utk menambah sedikit rasa pedas dan kuah juga akan berwarna lebih kemerahan. Saya tidak guna santan segar dan tak letak cili kisar kerana tiada stock ketika saya memasak. Kalau ada, saya letak jer.

Apa apa pun kuah kari yg pekat pekat seperti ini bukan sahaja sedap dimakan dgn nasi putih panas panas tetapi juga dicicah dgn roti jala dan roti putih. Menyediakan sendiri kari di rumah lebih sedap berbanding dgn yg disediakan di kedai. Ya lah kita yg membuatnya kan, jangan kedekut bahan bahan, pastilah hasilnya lebih sedap.

Jom layan resepi dan cara cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…

Kari Daging Mudah dan Sedap
Kari Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daging
1 pek rempah serbuk kari daging
1 kotak santan kotak – lebih sedap guna santan segar
Air secukupnya
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil pes asam jawa
Sedikit cili kisar – jika suka
Garam
Gula pasir
Gula Melaka


Bahan bahan tumis:
2 batang kayu manis, 2 ketul bunga lawang
5 ulas bawang merah – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan rempah kari dan kacau rata dgn cepat. Kemudian masukkan sedikit air. 
Kari Daging Mudah dan Sedap

Kari Daging Mudah dan Sedap

Kacau rempah yg ditumis sehingga rempah kari benar benar masak dan terbit minyak. 

Kemudian masukkan daging dan kacau rata sehingga rempah sebati dan mesra dgn daging. Setelah mesra, masukkan air secukupnya utk memasakkan daging sehingga empuk.
Kari Daging Mudah dan Sedap

Akhir sekali, masukkan santan dan kacau rata. Setelah santan hampir pecah minyak, masukkan asam jawa, kerisik, garam, gula dan gula Melaka secukupnya. 
Kari Daging Mudah dan Sedap

Setelah kuah masak dan cantik, sesuaikan rasa dan blhlah diangkat. Sangat sedap dimakan dgn nasi putih panas panas atau dicicah dgn roti sahaja.



Loading...

Tags: #Daging #Kari #Mudah #Sedap

author
Author: 
    Masak Lemak Daging Dgn Pucuk Ubi
    Saya inginkan kongsikan antara petikan dr kuliah Subuh Al Fadhil Ustaz Khairuzaman bin
    Tip Ikan Bilis Yg Dimasak Lebih Sedap dan Tak Liat
    Bagi peminat sambal, ikan bilis adalah salah satu bahan utama utk membuat sambal.
    Resipi Sambal Hitam Tomato Sedap Utk Berbuka Puasa
    Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. BAgi anda yg suka menu ni tapi susah
    Nikmat Berbuka Dgn Ikan Kembung Kukus Air Asam Pedas
    Ini resipi paling mudah tapi memang sedap. Yg penting cara membuat air asam

    Leave a reply "Kari Daging Mudah dan Sedap"