Kari Daging Madras

aIMG 0103 1 - Kari Daging Madras

Kari Daging Madras
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500g daging lembu – hiris nipis
6 sudu mkn minyak jagung / minyak sapi
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang kecil – dihiris
1 in halia – dipotong mayang
1 helai daun pandan – di simpul
1 in kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu mkn serbuk jintan manis
1 sudu mkn serbuk jintan putih
1 sudu mkn serbuk ketumbar
5 sudu mkn sos cili
3 sudu mkn serbuk kari daging
2 biji tomato – potong dadu
8 cawan air
2 biji ubi kentang – jika suka
1/2 batang lobak merah – dipotong bulat
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu mkn bawang goreng – tumbuk halus
1 sudu mkn gula melaka atau gula merah
1/2 sudu mkn serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa

aIMG 0107 - Kari Daging Madras

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia,bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging, kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan rempah kari, kacau sehingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air.  Tutup periuk dan masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, tomato dadu dan reneh selama 30 minit sehingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan bawang goreng tumbuk, sekiranya terlampau pekat, masukkan sedikit air panas.
  6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula merah secukup rasa dan perahan air limau nipis.
  7. Siap dan hidang bersama nasi atau roti.

aIMG 0131 - Kari Daging Madras

Kari Daging Madras

Loading...

Tags: #Daging #Kari #Madras

author
Author: 
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:
    Tomat Lebay – Nasi Goreng !
    Ini Video Waktu Tomat Lebay masih kecil heheh … Tomat Lebay – Bakwan
    Tutorial memasak TERONG BALADO – Resep memasak Terong Balado
    Cara Membuat: Iris terong ungu masing-masing menjadi 4 bagian kira-kira 10cm, tiap bagian
    Cara Membuat Bihun Kuah – Resep Mudan dan Enak
    Cara Membuat Bihun Kuah – ingin membuat masakan yang stu ini tapi masih

    Leave a reply "Kari Daging Madras"