Kari Daging Korban

Kari Daging Korban
Sebetulnya telah lama saya tidak ke dapur. Hanya Aween yg ke dapur utk menyediakan sendiri lauk pauk dan mknan diet dia. Sejak cucunda saya Ammar Yahya berpindah ke rumah baru mereka, saya seperti kehilangan semangat, hilang jiwa. 

Walaupun telah lama bersedia dgn situasi ini tapi saya tewas. Malam malam saya akan duduk bersendirian di ruang keluarga. Merenung keliling ruang dlm rumah kami yg besar tetapi sunyi dgn hilai tawa anak anak. Rumah yg telah saya buat penambahbaikan, telah dicat dan diberi wajah baru dgn perabut dan permaidani baru. Tetapi tetap tiada serinya. Ketiadaan suara dan tangisan Ammar menjadikan rumah ini, terlalu kesepian. Ia menjadikan saya sangat sebak dan bergenang air mata. 

Saya cuba sibukkan diri dgn aktiviti lain sekadar menghiburkan hati. Hahaha sibukkan dgn aktiviti menghabiskan duit dgn bershopping online. Sibukkan dgn aktiviti berkebun dgn melawat kebun yg baru ditanam anak anak pokok. 

Insya Allah saya akan kembali ke dapur memasak dan berkongsi resepi ringkas dan memasak dlm portion yg lebih kecil utk kami bertiga sahaja. Saya akan memasak utk projek buku masakan saya dan juga utk projek business kecil kecilan yg akan saya buat selepas bersara. 

Nantikan buku masakan yg juga buah tangan saya buat semua follower saya. Bukan kerana duit sebaliknya saya perlu melakukan sesuatu selepas lebih 33 thn bekerja. Saya juga ingin memberikan sokongan kepada perniagaan anak saya Boy dan Mia di Bake & Munch. Semoga selepas kembali dr UK, akan memberi nafas baru buat saya.  

Kari Daging Korban


Hari ini saya kongsikan resepi simple biasa biasa yg disediakan sebelum Ammar berpindah. Telah lama saya perapkan draft resepi ini. Walaupun biasa biasa, ianya tetap sangat sedap bila dimasak sendiri. Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga dicicah dgn roti. 

Jom layan resepi yg saya salin di bawah ini. Selamat mencuba….
Kari Daging Korban

Kari Daging
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram daging 
3 1/2 sudu besar rempah kari daging
1/4 kg santan segar
5 ulas bawang merah – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
Rempah penumis – kayu manis, bunga lawang
1 biji ubi kentang – potong kecil
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis, bawang putih, halia dan bawang merah sehingga kekuningan.


Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga wangi dan masukkan air. Masak sehingga terbit minyak.

Masukkan daging. Kacau rata seketika, agak agak daging kecut.

Masukkan air secukupnya utk merebus daging sehingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang dan kacau rata.

Masukkan santan dan kacau sehingga terbit minyak. Tambah air jika perlu. Setelah terbit minyak, masukkan garam, gula, asam jawa dan kerisik. Biarkan kuah merenih di atas api perlahan.

Setelah kuah naik minyak dan cantik, sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 
Kari Daging Korban


Loading...

Tags: #Daging #Kari #Korban

author
Author: 
    Biskut Raya Popular 2019: Resipi Snow Almond Mudah & Sedap.
    Anda dah mula tercari-cari resipi biskut raya utk thn ini? Maklumlah, Ramadan bakal
    Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Perlu Risau Lagi Bau Yg Tak Best
    Kadangkala, puding karamel nampak sedap tapi apabila dimakan kurang menyelerakan sebab ada bau
    Resipi Colek Paling Ringkas Dan Terlajak Sedap
    Petang-petang duk kumpul adik beradik sambil2 nyicahh sambil2 membawang..resepi colek paling ringkas tapi
    Resipi Puding Tiramisu Mudah Buat
    Adus sedap dpt nikmati puding , puas terasa di tekak tambah pula mkn

    Leave a reply "Kari Daging Korban"