Kari Daging Kacang Dhal

Loading...

aIMG 4089 1 - Kari Daging Kacang Dhal


Kari Daging Kacang Dhal
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm daging lembu / kambing, hiris nipis
1/2 cawan kacang dhal, rendam 2 jam
1/2 cawan sos tomato
2 biji buah tomato, belah 6
2 biji ubi kentang, potong sedang
2 tangkai cili hijau, patahkan
1 bungkus kecil serbuk kari daging
1 keping kecil gula melaka
Garam secukup rasa
2 sudu mknr minyak sapi
3 sudu mkn minyak masak
Sedikit air

Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia

aIMG 4064 - Kari Daging Kacang Dhal

Cara-cara :

  1. Rebus kacang dhal sehingga lembut.  Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari daging yg di bancuh sedikit air.
  4. Tumis sehingga pecah minyak, masukkan daging, gaul rata.
  5. Bila daging telah kecut, masukkan air secukupnya dan ubi kentang.
  6. Tutup periuk dan reneh sehingga daging dan kentang lembut.
  7. Bila daging telah empuk, masukkan sos tomato, kacang dhal, gula dan garam secukupnya.
  8. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, cili hijau dan buah tomato.
  9. Masak lagi selama lima minit barulah di angkat.

aIMG 4092 - Kari Daging Kacang Dhal

Kari Daging Kacang Dhal

Loading...

Tags: #Daging #Dhal #Kacang #Kari

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.