Kari Ayam Resepiraidah

Loading...

Kari Ayam 1 - Kari Ayam ResepiraidahBahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, basuh dgn asam garam @ dgn tepung gandum dan toskan
2 biji ubi kentang ~ belah 4
2 biji lobak merah ~ potong panjang dan dibelah 2
3 biji cili besar hijau @ merah ~ biar sebiji2
30 g rempah kari ayam/daging ~ bancuh dgn air utk jadikan pes
2 sudu besar cili kisar( jika ingin tambah pedas tapi saya tidak tambah cili)
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
1/2 inci halia**
**ditumbuk/kisar halus
Santan kelapa secukupnya
2 keping asam keping/gelugur ataupun asam jawa secukupnya(ikut citarasa)
Garam dan gula
Air
Minyak utk menumis.
Bahan tumis:
Rempah 4 sekawan ~ 1 btg kulit kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ belah 2 & hiris halus
3 biji bawang putih ~ belah 2 & hiris halus
1/2 inci halia ~ hiris halus mcm batang mancis
1 tangkai daun kari.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis lain sehingga garing. Angkatkan semua bahan tumis tersebut dan ketepikan dahulu.
2. Dgn menggunakan minyak yg sama, tumiskan pula bahan tumbuk/kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan pes kari. Masak sehingga betul-betul masak atau sehingga terbit minyak. Tambah air jika perlu supaya rempah kari tidak hangit/hangus.
4. Masukkan pula ayam dan ubi kentang, gaul rata dan biarkan selama 10 minit atau sehingga ayam kecut.
5. Kemudian masukkan santan(sebyk mana kuih yg diinginkan), lobak, cili besar, asam keping/asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga ayam lembut.
6. Apabila ayam sudah masak, masukkan bahan tumis yg telah siap digoreng tadi dan gaul rata. Biarkan 2 ke 3 minit dan matikan api dan blhlah dihidangkan.

Loading...

Tags: #Ayam #Kari #ResepiRaidah

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kari Ayam Resepiraidah"