Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

IMG 6094 1 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Entah kenapa airmata bergenang dan hati menjadi sangat sebak bila melihat gambar gambar kami sekeluarga yg diambik sepanjang pembinaan rumah kami selama 4 thn.  

Rumah kami bukan hanya dibina dgn wang tetapi airmata dan keringat. Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana rumah ini kami bina sendiri. Kami sendiri yg menguruskannya, menjadi arkitek, menjadi kontraktor, menjadi projek manager dan menjadi purchasing manager. Bila mahu jimatkan belanja atau ketiadaan pekerja, ada kalanya kami sekeluarga turun utk mengecat pagar, membersih dan mengetuk apa apa yg perlu. 

Ketiadaan pengalaman juga menyebabkan pekerja yg digaji bekerja sambil lewa sehingga perlukan  kerja lain pula utk membetulkannya. Contoh, simen yg jatuh dibiarkan sehingga berketul tinggi, perlukan satu pekerja lain utk mengetuknya. Malah banyak lagi pembaziran disebabkan tidak melakukan apa yg sepatut dr mula. 

Melihat anak anak yg masih kecil semasa pembinaan terasa sangat sebak kerana jangkamasa pembinaan selama 4 thn menyebabkan anak anak telah besar dan membawa haluan masing masing sebaik berpindah ke rumah ini. 

Secara jujur saya sangat merindui ketika anak anak masih belajar dan bersekolah. Mereka rapat dgn kami. Kehidupan mereka adalah kehidupan kami. Malahan rumah ini juga dibina demi keselesaan mereka. 

Tapi setelah dewasa dan bekerja serta berumahtangga, mereka menpunyai tanggungjawab lain yg perlu dilaksanakan. Mereka menpunyai kehidupan sendiri selain dr kami. Kini tinggallah saya sendiri merindui sesuatu yg tidak mungkin akan menjelma lagi. 
IMG 6092 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap


Telah lama mencari resepi Ayam Kapitan selepas melihat Chef Wan kongsi Ayam Kapitan yg sedang mendidih dlm Instagram beliau. Tapi saya tidak perasan kalau ada resepi yg dikongsikan. Hanya setelah menyediakan masakan ini, baru saya nampak Chef Wan ada menulis resepinya. 

Jadi ketika itu, saya google utk mencari resepi Ayam Kapitan yg mungkin hampir original. Namun saya tidak pernah berputus asa sehingga lah akhirnya saya membaca dlm blog Taste Asian Food di SINI. Saya baca berulang ulang dan buat perbandingan dgn resepi lain kerana saya mahukan resepi yg original atau hampir original. 

Saya ubahsuai sedikit cara penyediaannya mengikut cara Chef Florence Tan. Kalau ikut cara Taste Asian Food, ayam digoreng secara deep fry tapi saya hanya memasukkan ayam selepas bahan tumis terbit minyak sehingga air ayam kering dan keluar minyak. Seolah ayam pun bergoreng dgn rempah yg ditumis gitu. Bahan bahan juga saya ikut sukatan Chef Florence. Cuma ayam dilumur dgn garam, serbuk kunyit dan minyak diikut cara Taste Food Asian.


Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI.
IMG 6095 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Kari Ayam Kapitan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A – Perap
1 1/2 kg ayam – potong 12 dgn kulit
1/2 sudu besar serbuk kunyit 
4 sudu kecil garam 
1 sudu kecil minyak jagung 

Bahan B – Kisar
2 labu bawang besar
13 biji bawang merah 
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
6 biji buah keras
1 helai daun limau purut
3 batang serai 
4 sudu besar cili kisar – 20 tangkai cili kering
Belacan – tak letak
4 sudu besar minyak sayuran 

Bahan C 
1 biji kelapa – santan pekat 
1sudu besar asam jawa 
3 helai daun limau purut 
2 sudu kecil gula Melaka 

Bahan D- Hiasan
Bawang goreng 
Daun limau purut – hiris halus 
Cili merah – hiris halus 

Cara cara:
Perap ayam dgn serbuk kunyit, garam dan sedikit minyak sayuran selama 30 minit. Selepas 30 minit, deep fry ayam sehingga kulit bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan. Nota: Saya tak goreng ayam terlebih dahulu.
IMG 6073 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Semua bahan B dipotong kecil dan dikisar bersama sedikit minyak sehingga halus. 
IMG 6072 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak dgn api perlahan. Masukkan ayam dan kacau rata. Masak sehingga air ayam kering dan bahan terbit minyak. 
IMG 6076 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

IMG 6077 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Masukkan santan dan kacau rata. Masukkan pula daun limau purut, air asam jawa dan gula Melaka.
IMG 6082 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Perlahankan api dan renihkan selama 20 minit sehingga ayam benar benar masak. Sesuaikan rasa. Tambah mana mana yg perlu.
IMG 6084 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Angkat dan tabur bawang goreng, cili merah hiris dan hirisan daun limau purut. Sedia utk dinikmati.
IMG 6093 - Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap

Loading...

Tags: #Ayam #Kapitan #Kari #Nyonya #sangat #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kari Ayam Kapitan Nyonya Yg Sangat Sedap"