Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

Loading...

Untitled design 59 1 - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

12744420 889411707838235 8092489853782935016 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

Kerala adalah sebuah daerah yg terletah di utara India. Terkenal dgn masakan menggunakan kelapa, santan, pelbagai rempah ratus dgn aroma dan warna yg amat menarik serta rasa yg sungguh lazat.

KARI AYAM KAMPUNG PEKAT KERALA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung- dipotong kecil dan dicuci bersih.
  • 2 biji bawang merah besar-dihiris
  • 1 sudu mkn halia-ditumbuk halus
  • 3 sudu mkn cili kering kisar
  • 2 sudu mkn rempah kari daging
  • 1 sudu mkn rempah ketumbar
  • 2 biji tomato-dipotong kecil
  • 2 biji cili hijau-dipotong empat
  • *5 biji gajus
  • *5 biji badam
  • *3 biji buah keras
  • *2 sudu mkn serbuk kas kas
  • *2 sudu mkn kelapa
  • 2 helai bay leaf
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji pelaga
  • 2 kuntum cengkih
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak kelapa (gunakan minyak kelapa utk kekalkan rasa kari ayam cara Kerala tapi blh tukar dgn minyak biasa)
  • Daun kari segenggam
  • Sedikit daun ketumbar dan pudina

SEMUA TANDA (*)DIKISAR DENGAN SEDIKIT AIR.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak kelapa dlm kuali dan masukkan bay leaf, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sampai bau wangi.
  2. Selepas itu masukkan bawang dan daun kari, tumis sampai layu.
  3. Masukkan halia yg sudah ditumbuk dan cili kering kisar. Tumis lagi sampai wangi dan masukkan tomato, cili hijau, semua rempah dan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak dgn api paling perlahan.
  4. Bila sudah pecah minyak, masukkan ayam kampung tadi dan gaul sebati. Tutup kuali dgn penutup sampai ayam masak. Ayam kampung ambil masa utk masak jadi masak dgn api kecil sampai masak ayam. Tidak perlu tambah air sebab air dr ayam sudah cukup.
  5. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali taburkan daun pudina dan daun ketumbar..
  7. Siap utk mkn bersama nasi putih, chapati atau roti putih.

INFO: Resipi yg sama blh digunakan utk masak kambing dan gunakan periuk tekanan tinggi dgn air yg minima  sebelum campurkan dgn rempah diatas dan masak seperti biasa.

12705386 889411724504900 2246383892071782182 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

CHAPATI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung atta alagapas
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu mkn minyak zaitun
  • 1/4 air suam (atau secukupnya sampai blh bentuk doh lembut tidak melekat dekat tangan)

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung, minyak dan garam ke dlm mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  2. Selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit sampai blh bentuk doh yg tidak melekat dekat tangan dan blh dibentuk bulat.
  3. Masak chapati atas kuali leper tanpa minyak. Selepas masak sapukan ghee atau butter pd permukaan chapati dan simpan dlm hot box.

1. Bentukkan chapati bulat-bulat.

12744031 889411747838231 2961689442568658522 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

12733984 889411764504896 5028044298428871069 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

2. Doh yg dibulatkan di masak atas kuali leper. Selepas ada dot dot dekat atas baru terbalikkan. Jangan tekan dgn sudip pd masa ini.

12717406 889411784504894 6311784267800655138 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

3. Selepas terbalikkan tunggu dlm 2 saat.

12744322 889411814504891 7173205512442525467 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

3. Terbalikkan lagi dan baru tekan dgn sudip kayu di bahagian tengah dan tepi chapati supaya chapati kita kembung.

12705604 889411841171555 4080848814432488666 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

4.Masak kedua dua belah sampai kembung mcm ini.12717385 889411884504884 4267503753972315533 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

5. Chapati ketika masak mesti berpisah mcm nie utk lembut.

12734000 889411934504879 1461278675527018507 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

6. Chapati kembung dgn elok dan blh sapu ghee atau butter. Simpan dlm hot box atau roll dgn aluminium foil utk kekal panas.

12670306 889411987838207 6757565537470494814 n - Kari Ayam Kampung Pekat Kerala Dari India & Langkah Buat Chapati Ori .

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Rèyñùģhà Ànbàrâsü

Loading...

Tags: #Ayam #Buat #Chapati #Dari #INDIA #Kampung. #Kari #Kerala #langkah #Pekat

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.