Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin
Tarian Ahli-ahli Undang-undang
Ramai yg bertanya pandang pasal rakaman tarian ahli-ahli undang-undang yg tersebar. Pd saya, bukan isu soal ingin berhibur ataupun itu majlis GALA DINNER.

Setiap orang ada cara kehidupan tersendiri apatahlagi bg yg mempunyai kepercayaan yg berbeda. Itu adalah pilihan masing-masing.
Namun, bg individu-individu yg memegang peranan penting dlm negara dan mempunyai nama dlm masyarakat seeloknya hendaklah mengawal cara dan kesantunan di khalayak awam agar tidak dianggap ‘tidak menjaga ketertiban’ yg sepatutnya.
Apatah lagi apabila lambang negara dan institusi penting ada di situ. Ini kerana, dlm budaya masyarakat kita di Malaysia, hal seperti ini mengundang persepsi yg salah dan menurunkan nilai penghormatan di mata awam.
Kita tidak mempertikaikan Saudari Siti Kasim. Kita percaya tiada siapa yg rasional akan mempertikaikan beliau sekalipun jika keadaan seribu kali lebih dr ini. Harap beliau tidak salah faham dan menganggap hal ini ditujukan kepada beliau.
Kita ingin berbicara kepada mereka yg patut menjaga status disebabkan kedudukannya atau nilai positif yg ada pdnya dlm masyarakat dan negara. Hal ini mesti diberikan perhatian tanpa mengira latar politik dan kefahaman. – 19 Januari 2019.
Tags: #Jaga #Joget #Kantoi #Kata #MAZA #Patut #Pengamal #Status #Undangundang #video...