Kangkung Kampung Goreng Belacan

Kangkung Kampung Goreng Belacan


Alhamdulillah kerana saya telah selamat menjalani pembedahan kecil di kaki bagi membetulkan tulang yg serpih dan juga urat yg terkoyak selepas terjatuh dan jatuh terjelepuk di laman depan rumah. Pd mulanya saya agak berbelah bahagi samada ingin melakukan pembedahan atau sekadar meletak simen. 

Tapi bila mengalami kesakitan yg menyebabkan saya rasa seperti ingin menangis, saya redha dan menyerahkan segalanya pd Allah. Lucu mengingatkan ketakutan utk melakukan pembedahan menyebabkan saya ragu ragu utk naik ke katil bagi ditolak ke dewan pembedahan. Tapi setelah Hubby menenangkan, akhirnya saya naik katil dan mula beristighfar. 

Pengajaran dr kes ini ialah manusia hanya merancang tapi Allah jua yg menentukan. Kemalangan blh berlaku bila bila masa sahaja. Sakit dan sihat juga diluar kuasa kita. Saya baru terlepas cakap yg saya dah lama tidak sakit sewaktu bersembang dgn rakan sekerja sehari sebelum kejadian. 

Selepas ini saya perlu berhati hati bila melangkah. Baru saya ingat yg kaki saya pernah terpeleok tapi tidak jatuh. Walaupun sangat kesakitan namun saya tidak mendapat apa apa rawatan ketika itu. Hanya kini, baru saya sedar yg ianya ada memberi kesan kecederaan pd tulang saya yg dapat dilihat dr x-ray. Sekarang kita masuk bab resepi yg telah saya sediakan minggu lepas. 

IMG 3689 - Kangkung Kampung Goreng Belacan

Saya beli sayur kangkung kampung dr pasangan suami isteri yg berniaga pisang dan sayuran kampung dgn menggunakan van setiap hari minggu di Seksyen 7 berdekatan dgn Pasaraya Suria. Saya memang suka membeli sayur sayuran dr peniaga seperti ini selain dr peniaga di pasar tani. 

Harga lebih murah berbanding dgn harga di kedai runcit. Contoh, serai kalau dibeli di kedai runcit, 3 batang berharga lebih dr RM1 tapi kalau di pasar tani, blh dapat 4 batang serai dgn harga RM1 sahaja. Begitu juga dgn daun kunyit. Memang blh berboros boros menggunakan serai dlm masakan. Hahaha. Sangat berbaloi baloi. 

Itu kalau bab sayuran kampung lah. Tapi kalau bahan bahan lain sama sahaja harganya. Saya beli 6 ekor ikan gelama dan 5 ekor ikan tauhu atau ikan aji aji, harganya RM53. Haa tu dia, jatuh berapa ringgit seekor ikan tu. Blh tahan sangat lah mahalnya.

Berbalik pd sayur kangkung kampung, rupa sayur kangkung kampung memang berbeza dgn sayur kangkung biasa. Daunnya agak lebar lebar. Batang nya juga lembut. Macam mana nak tulis ya. Yg penting, sedap lah. Saya memang suka mkn kangkung. Saya blh mkn kangkung yg dicelur atau digoreng sedikit seperti yg selalu dihidangkan bersama nasi lemak gitu gitu jer. Mkn macam meratah ratah. 

Kangkung Kampung Goreng Belacan

Kalau sebut sahaja kangkung, pasti masakan yg sinonim adalah kangkung goreng belacan. Walaupun alergi, hari ini saya mengelat dgn memasukkan juga sedikit belacan. Bila dah diletak belacan, Masya Allah semerbak bau bahan tumis di dapur. Kebetulan ada petai yg dah siap dikupas dlm peti ais, jadi saya masukkan lah sekali. 

Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..

Kangkung Kampung Goreng Belacan

Kangkung Kampung Goreng Belacan

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

2 ikat sayur kangkung kampung
Sedikit petai
1/2 tangkai cili merah
Garam

Bahan tumbuk kasar:

3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili api merah & hijau
Sedikit belacan
Sejemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata. 
Kangkung Kampung Goreng Belacan

Kangkung Kampung Goreng Belacan
Kangkung Kampung Goreng Belacan
Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar utk melembutkan sayur kangkung. 

Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Blhlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak. 
Kangkung Kampung Goreng Belacan

Loading...

Tags: #BELACAN #GORENG #Kampung. #Kangkung

author
Author: 
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kuih Bingka Ambon (Ambon Honeycomb Cake; Kue Bika Ambon; 黄金糕) **
    【Recipe】http://kitchentigress.blogspot.sg/2012/09/kuih-bingka-ambon-video.html Bika Ambon is a cake from, not Ambon, but Medan. Aka kuih
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan

    Leave a reply "Kangkung Kampung Goreng Belacan"