“Kami sebenarnya sudah laksanakan PPSMI, cuma tak umumkan” – Perdana Menteri

B21B8299 D2A1 4CA4 8401 AF8D85A2066F - “Kami sebenarnya sudah laksanakan PPSMI, cuma tak umumkan” - Perdana Menteri

Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dlm Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah kebangsaan telah dilaksanakan semula tanpa sebarang pengumuman dibuat kerajaan, maklum Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara bersama New Straits Times (NST), perdana menteri berkata pentadbiran terdahulu memilih sekolah-sekolah yg dibenarkan utk mengajar mata pelajaran itu dlm bahasa Inggeris, manakala yg lain pula “enggan” berbuat demikian.

“Kami sebenarnya melaksanakan (PPSMI) sekarang tapi tanpa mengumumkannya.

“Pentadbiran terdahulu, kerana desakan mereka membenarkan sesetengah sekolah, sekolah-sekolah terpilih utk mengajar dlm bahasa Inggeris tetapi terdapat juga sekolah yg enggan mengajar (sains dan matematik) dlm bahasa Inggeris,” katanya seperti dipetik laporan itu.

Mahathir berkata tindakan oleh pentadbiran terdahulu sbg “tidak adil” mendakwa ini membawa kepada diskriminasi dlm pasaran pekerjaan.

“Hari ini, kelihatannya mereka berkata sains dan matematik perlu diajar di dlm bahasa Melayu, (namun) mereka membenarkan sesetengah sekolah utk mengajar (mata pelajaran itu) dlm bahasa Inggeris.

“Ini tidak adil kerana lulusan sekolah (belajar dgn PPSMI) akan diambil bekerja. Mereka yg pergi ke aliran bahasa Melayu tidak akan diambil bekerja. Ini merupakan diskriminasi terhadap mereka,” katanya.

Menjelaskan lanjut, perdana menteri berkata malahan terdapat sekolah dan guru-guru yg tidak suka mengajar matematik dan sains dlm bahasa Inggeris.

“Sudah tentu, mereka tidak suka (mengajar dlm bahasa Inggeris). Malahan guru-guru juga tidak suka.

“Ia menjadi beban kepada guru-guru utk mengajar dgn kaedah pengajaran sekarang. Tetapi sekiranya kami menggunakan program-program utk mengajar, saya fikir mereka akan belajar menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 1,300 sekolah di seluruh negara menggunakan program dwi bahasa (DLP), di mana pengajaran sains dan matematik dijalankan dlm bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, DLP bukan sistem wajib dan terserah sekolah utk memilih melaksanakannya atau tidak.

Dalam wawancara NST itu juga, Mahathir ditanya apa yg akan dilakukannya jika beliau menjadi menteri pendidikan, jawatan yg ditarik baliknya kerana janji manifesto PH menghalang perdana menteri drpada memegang portfolio lain.

“Kami perlu mengajar sains dan matematik dlm bahasa Inggeris. Idea orang Melayu tidak blh belajar dlm bahasa Inggeris adalah bodoh.

“Saya orang Melayu, saya blh berbahasa Inggeris yg munasabah, kenapa orang lain tidak blh?” Soalnya.

Mahathir yg pernah berkhidmat sbg menteri pendidikan dr thn 1974 sehingga 1977, juga memberitahu NST walaupun sekolah-sekolah wajib menyediakan pendidikan agama dan moral, namun ia tidak seharusnya mengorbankan mata pelajaran lain.

“Berkenaan dgn pendidikan agama, kami percaya sekolah perlu menyediakan pendidikan keagamaan, tetapi ia tidak seharusnya mencerobohi pengajaran mata pelajaran lain.

Sumber: Malaysiakini

“Kami dpti dlm kurikulum, begitu byk (masa) diberikan kepada pendidikan agama dgn mengorbankan mata pelajaran lain – sains dan matematik,” katanya.

Sebelum PRU14 thn lps, Mahathir berkata pungutan suara akan diadakan bg memberikan rakyat Malaysia peluang utk memutuskan sama ada PPSMI akan dikembalikan atau tidak.

Mahathir memperkenalkan dasar itu pd 2003, dgn pelaksanaan penuh di sekolah menengah pd thn 2007 dan setahun kemudian utk sekolah rendah.

Bagaimanapun, PPSMI mendapat bantahan pihak tertentu, yg menyebabkan menteri pendidikan ketika itu Muhyiddin Yassin mengumumkan program berkenaan dimansuhkan pd 2012.

Satu kajian oleh 53 pakar mendapati PPSMI hanya dpt meningkatkan komitmen bahasa Inggeris di kalangan pelajar sebanyak empat peratus dan juga menurunkan minat pelajar dlm subjek sains dan matematik.


Loading...

Tags: #Cuma #Kami #laksanakan #Menteri #Perdana #PPSMI #Sebenarnya #SUDAH #Umumkan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.