Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

IMG 4747 1 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Kalio Ayam adalah salah satu dr resepi Minang yg sangat saya gemari. Masakan Minang jika dilihat dr bahan bahan yg digunakan, tidak jauh berbeza dgn masakan Melayu di negara kita. Ya lah serumpun bangsa pun.

Kali pertama mendengar nama masakan ini iaitu Kalio Ayam adalah dr bekas rakan sekerja. Boleh rujuk kisah resepi Kalio Ayam yg saya sediakan sebelum ini di SINI. 

Yang berbezanya kerana dulu, saya menumis terlebih dahulu bahan bahannya. Tapi rasanya, tak ditumis pun OK kerana ayam mengandungi lemak dan kulit ayam juga akan menjadikan kuah sedikit cantik berminyak. 

IMG 4751 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Lagi banyak bahan lagi banyak rencahnya kerana ayam kalio ini sedap dimasak lama dan pekat. Saya masak hari ini pun, tidak terlalu pekat. Ketika dimasak, memang semerbak sahaja bau nya. Rasanya pun sedap dan lain dr masakan seharian.      

Jom layan resepi yg saya salin di bawah ini serta jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba… 
IMG 4752 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Kalio Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam – potong 6 
4 biji telur rebus – kelar
1 1/2 biji kelapa parut- santan
1-2 inci lengkuas – ketuk 
2 batang serai – ketuk
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah – saiz besar
4 ulas bawang putih 
1/2 inci halia
3 sudu besar cili kisar
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Ayam dipotong 4-6 dibiarkan dgn kulit. Lumur ayam dgn serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam. Biarkan seketika. 
IMG 4723 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Masukkan bahan kisar ke dlm periuk dan masak sehingga bahan kisar masak dan air kering. Jika bahan belum masak, blh tambah air dan masak lagi sehingga kering. 

Masukkan serai dan lengkuas. Masak lagi. 

Masukkan santan cair terlebih dahulu. Kacau sehingga masak dan hampir kering lagi. 

Masukkan pula santan pekat, daun limau purut dan daun kunyit. Kuah akan kelihatan pekat. Tambah sedikit garam. 

Masukkan ayam dan kacau lagi dgn api kecil. Jika suka, blh masuk sedikit air kerana ayam juga akan mengeluarkan air. Blhlah tutup kuali. 
IMG 4727 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

IMG 4729 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

IMG 4734 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Setelah ayam benar benar masak dan sebati, baru dimasukkan telur rebus yg telah dikelar kelar. 
IMG 4738 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Setelah kuah benar benar pekat dan berminyak cantik, baru ditutup api. 
IMG 4740 - Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap

Nota:
Tempoh memasak antara 1-2 jam. 


Loading...

Tags: #Ayam #Kalio #Masakan #Minang #Sedap

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kalio Ayam Masakan Minang Yg Sedap"