Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban – NUTP

8CBAC0BE 6725 4AD3 81D3 AEA63F4094EF - Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang tidak bersetuju dgn dakwaan bahawa beban kerja sekolah sbg punca seorang murid menggantung diri baru-baru ini.

Sebaliknya katanya, tiada apa yg blh dilakukan guru jika seseorang pelajar tidak mempunyai minat utk belajar.

“Bukan utk pelajar itu sahaja, tetapi hampir 2 juta lebih pelajar sekolah menengah kalau memang tiada minat utk belajar, apa yg dibuat oleh guru akan menjadi satu beban utk mereka termasuk kerja sekolah.

“Tetapi kita tidak blh hadkan kerja sekolah kerana itu cara guru utk mengukuhkan pemahaman murid-murid,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada malam Sabtu lps, seorang pelajar berusia 13 thn ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di dlm bilik air rumahnya di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Georgetown, Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati remaja terbabit dikatakan kurang berminat utk belajar selain prestasi pelajarannya agak lemah termasuk sering merungut kepada ibu bapanya mengenai kerja sekolah yg terlalu byk.

Sementara itu Aminuddin menambah kerja sekolah merupakan satu proses pembelajaran kepada pelajar dan tidak sepatutnya dianggap membebankan.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan penuh drpada polis susulan kes pelajar berkenaan.


Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, pihak kementerian juga akan menjalankan siasatan sendiri berhubung isu itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk mengubah modul pembelajaran sekiranya perlu.

Aminuddin turut menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan lanjut berkenaan punca kematian pelajar berkenaan.

“Dalam hal ini kami percaya bukan kerja sekolah itu yg jadi punca cuma mungkin ia (kerja sekolah) sbg satu kebetulan sahaja.

“Saya berharap pihak polis buat siasatan lanjut kerana saya juga yakin byk juga faktor lain yg blh terjadi,” katanya.

Tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kajian menunjukkan satu drpada lima anak muda mengalami kemurungan, manakala satu drpada 10 remaja berhadapan masalah tekanan perasaan.

Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 menunjukkan sekurang-kurangnya 10 peratus drpada 5.5 juta belia di negara ini pernah terfikir utk membunuh diri.


Loading...

Tags: #akan #beban #Belajar #Buat #Guru #JADI #Kalau #minat #NUTP #Saja

author
Author: 
    Setelah 2 Minggu Nikah, Ustad Terkenal Ini Baru Tahu Istrinya Ternyata Pria! Begini Caranya Menipu Sang Suami!
    slidegossip.com – Nasib apes dialami oleh seorang Ustad. Tak ada hujan tak ada
    Tak Kunjung Ada Panggilan Syuting Gara-Gara Corona, Artis Cantik Ini Mati Gantung Diri di Kipas Angin!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik ini sungguh tak patut dicontoh. Gara-gara
    Bagai Disambar Petir! Mantan Pacarku Ternyata Menikah Dgn Adik Kandungku Sendiri!
    slidegossip.com – Sungguh pedih rasa sakit yg dialami wanita ini. Rasanya bagai disambar
    Tak Sudi Jatuh ke Pelukan Wanita Lain, Ibu Ini Nekat Menikahi Putra Kandungnya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang wanita yg sudah hidup menjanda selama 12 thn merasa memiliki

    Comments are closed.