Kalau blh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina

Ohsem Trend 101219 9 1 - Kalau blh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina

Perdebatan mengenai tulisan Jawi yg ingin diajar di sekolah Cina dan India masih lagi dibicarakan meskipun mahkamah telah membuat ketetapan.

Ada pihak yg bersetuju, ada yg tidak atas sebab-sebab tertentu.

Namun dlm pertikaian tersebut, seorang guru Cina yg telah berkhidmat lebih 30 thn dlm dunia pendidikan menyokong tindakan supaya pelajar Cina dan India utk mempelajari tulisan Jawi.

Bagi Susan Leong, tindakan itu tidak menjejaskan kesatuan serta keharmonian dlm masyarakat malah memberi ilmu tambahan kepada pelajar pd zaman kini.

Seperti dirinya sendiri, Susan berkata beliau turut mempelajari tulisan tersebut sejak kecil dan masih mengingati kesemua 28 huruf Jawi meskipun sudah berusia 56 thn.

Ohsem Trend 101219 6 - Kalau blh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina
Lima drpada enam adik beradiknya itu mempunyai kemahiran tulisan jawi dgn begitu baik. – Free Malaysia Today

“Dulu saya pergi belajar tulisan Jawi dgn seorang ustaz, tak ada masalah. Bukan saya seorang, 5 adik beradik saya juga pergi belajar tulisan Jawi.

“Sebab ibu bapa saya pd waktu itu menekankan pendidikan, ketika itu semua bahasa rumi akan di Jawikan, jadi mereka cepat-cepat hantar kami belajar tulisan Jawi,” katanya kepada FMT.

Tambahnya ketika itu, langsung tidak timbul sebarang masalah jika bangsa selain Melayu mempelajari tulisan Jawi.

Sehinggakan Susan berkata tulisan tersebut telah sebati dgn dirinya dan menganggap ia merupakan seni dlm kehidupan yg menarik utk dipelajari.

“Saya memang suka seni, jadi bila menulis Jawi Saya seronok sangat sebab ia seperti seni baru yg kita blh pelajari,” katanya lagi.

Ohsem Trend 101219 7 - Kalau blh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina
Masih mengingati kesemua huruf jawi sehingga kini.- Free Malaysia Today

Namun, mempelajari semua ilmu itu tidak langsung melambangkan dirinya menentang sesebuah kaum sbg seperti yg didakwa sesetengah pihak.

Malah Susan berkata yg dia bangga dan merasakan dirinya sangat istimewa kerana mempunyai kemahiran dlm bahasa selain Mandarin dan Kantonis.

“Sedangkan ramai orang Melayu kini pun tidak pandai tulisan Jawi, bukankah itu istimewa pd saya?

“Dan kenapa perlu ‘rasis’, perkara melibatkan Melayu sahaja, tidak blh diajar di sekolah Cina dan India, tetapi mengapa mereka blh belajar bahasa Jepun sbg bahasa tambahan di sekolah?” soalnya.

Menceritakan pengalamannya sewaktu mengajar di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Susan berkata dia terpaksa menjalankan tugas sbg guru ganti dan keadaan kelas tersebut sangat tidak blh dikawal.

Ohsem Trend 101219 2 - Kalau blh belajar bahasa Jepun, kenapa tidak tulisan Jawi? soal guru Cina
Tulisan jawi dianggap seni pd dirinya. – Free Malaysia Today

“Kita sudah dibahagikan utk menjaga mana-mana kelas yg gurunya tidak dpt hadir. Saya masuk ke kelas yg keadaannya sangat riuh rendah, keadaan sangat tidak terkawal.

“Saya sebut tolong diam, semua tak mahu dengar, jadi saya tulis di papan hitam ‘tolong diam, jika tidak saya pukul’ (dengan tulisan Jawi), tiba-tiba semua diam dan tepuk tangan. Selepas itu bila keluar dr kelas dan terserempak dgn pelajar di koridor, mereka akan berkata ‘selamat pagi ustazah,” katanya sambil ketawa.

Sejak itu Susan berkata yg dia mula terkenal dlm kalangan pelajar sbg seorang guru Cina yg mahir tulisan Jawi.

Malah guru lain juga turut bangga dgn kemahiran istimewanya itu.

“Dulu pendidikan agama antara pelajaran yg saya letakkan sasaran kerana ia mudah. Sehingga saya darjah dua sahaja diberi peluang utk mempelajarinya, selepas itu tidak blh lagi kerana pd waktu itu politik sudah mula menular.

“Kementerian tidak lagi membenarkan bangsa Cina dan India mengambil pelajaran pendidikan agama. Ketika itu saya sangat sedih, jadi sebab itu saya tidak mahu pelajar sekarang ketinggalan dlm mempelajari tulisan jawi,” ujarnya lagi.

Tulisan Jawi telah menjadi entiti bangsa Melayu sejak 1,000 thn lalu.

Jadi Susan berkata ia bukanlah suatu kepelikan jika masyarakat majmuk kini mempelajari tulisan tersebut sbg seni dlm kehidupan masing-masing.

“Dalam hal ini, semua orang perlu berfikiran terbuka, baru hasilnya menjadi lebih positif,” ujarnya.

via: Free Malaysia Today


Loading...

Tags: #BAHASA #Belajar #Cina #Guru #Jawi #Jepun #Kalau #Kenapa #Soal #tidak #Tulisan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.