Kakitangan awam membebankan – Tony Pua

Loading...

ST 20151009 TONY 1746685 1 - Kakitangan awam membebankan - Tony Pua

PETALING JAYA: Ketua publisiti DAP menyarankan kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bg mengurangkan masalah lambakan kakitangan awam.

“Di sesetengah negara asing, penjawat awam seperti itu mengambil gaji mereka, tetapi berada di rumah, bukannya ke pejabat. Ini kerana mereka mungkin menyebabkan perbelanjaan bertambah drpada segi pengangkutan dan masa yg dihabiskan di pejabat.

“Membenarkan mereka mengambil gaji tanpa bekerja, lebih baik drpada mereka bekerja dan membebankan kerajaan,” kata Tony Pua dipetik Malaysiakini pd forum berbahasa Mandarin bertajuk “Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, cadangan mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan bukan penyelesaian berdaya maju kerana ia hanya akan menjejaskan perkhidmatan awam sehingga menyebabkan operasi kerajaan lumpuh.

“Katakanlah jika anda mahu mengurangkan 5% penjawat awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dgn anda dan ia bukan langkah realistik.

“Kami menggelarnya ‘berat mati’ yg anda perlu tanggung,” katanya mengulas cadangan mengurangkan lambakan penjawat awam, apabila 36% drpada keseluruhan Bajet 2017 diperuntukkan utk membayar gaji kakitangan kerajaan.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Soon Hoh Sing menyalahkan kerajaan atas kejahilan pendidikan vokasional sbg faktor tidak langsung terhadap lambakan kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, punca sebuah negara mengalami pergolakan disebabkan kadar pengangguran tinggi di kalangan graduan.

“Untuk mengelakkan ini berlaku, kerajaan Malaysia tiada pilihan kecuali menambah kuota penjawat awam utk menyerap graduan,” katanya sambil menambah jika tidak, ramai belia mungkin menyertai pembangkang utk menentang parti pemerintah.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, jumlah yg ramai bg sebuah negara yg hanya memiliki 32 juta penduduk.

Emolumen sektor awam dlm belanjawan kerajaan persekutuan meningkat drpada RM42.4 bilion pd 2010 kepada RM77.4 bilion pd 2017, hampir 2 kali ganda dlm tempoh 7 thn, walaupun pendapatan kerajaan merosot.

Pengurangan sektor awam bersaiz besar menjadi isu politik sensitif, ketika parti pemerintah dan pembangkang berlumba-lumba meraih sokongan bank pengundi besar pd pilihan raya umum akan datang yg dijadualkan berlangsung lebih awal.

Sumber: Free Malaysia Today

Loading...

Tags: #Awam #Kakitangan #membebankan #Tony

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Leave a reply "Kakitangan awam membebankan – Tony Pua"