KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah

Bulan lepas aku berkesempatan menyinggah kat Kaison Sunway Putra. Punya lah dah lama mengidam nak masuk ke Kaison ni sebab hari-hari duk bukak instagram dan facebook personal shopper Kaison atau Ikea. Juling mata weh. tu baru tengok lam media sosial kan?

nak dimurahkan rezeki, kebetulan satu hari tu sorang member nak pergi ke Great Eastern utk settle masalah insurans, aku pun menawarkan diri utk teman la konon-kononya kan> pdhal ada udang di sebalik batu. haha. Setel masalah insurans kitorang berpecah, kereta tinggal kat stesen LRT Cheras, aku naik LRT sampai ke stesen PWTC. dan disinilah ceritaku bermulaaa…haa..gitteww.
p/s : Amni aku tinggal umah pengasuh. haha.
20150826 150021 1 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
Tergamam kejap bila nampak lambang Kaison depan mata sendiri. Yeehaa!!
Kaison kat Sunway Putra ni terletak kat tingkat 3, berhadapan dgn Mr. DIY kalau tak silap. lagi la pencinta deko rumah happy kan main kan? Lepas shopping kat kaison blh cuci poket kat Mr DIY plak. haha. Disebabkan Sunway Putra Mall ni kire baru lagi kan, so memang tak ramai langsung orang dlm mall tu. Macam masuk lam hutan pun ada, senyap sepi je. Kebetulan aku pergi tu hari bekerja, lagilah menyepi kan.
20150826 150719 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
Wallpaper RM19,.90 segulung. *beliakkan mata.

Masuk je dlm Kaison baru rasa macam nak menjerit sebab terlalu happy tengok barang-barang yg ada kat dlm. Murah dan sangat berbaloi. Tu adalah wallpaper yg orang duk gila sangat-sangat. RM19.90 utk segulung. satu gulung dlm 10meter kalau tak silap. Aku rembat jugak dlm 3 gulung. haha. Tak perlu pakai gam, dia dah ada pelekat kat belakang. Memang memudahkan kerja orang yg malas macam aku ni. hehe,

20150826 151745 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah

Jam dinding pun banyak pilihan kat sana. Rambang mata. Blh sangat setakat nak bagi hadiah orang kawen atau hadiah birthday. Harga kalau tak silap dlm RM16.90 sampai RM25+ kalau tak silap. Ni pun aku rembat jugak seketul. hehe.

20150826 150849 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah

Haaa…rambang mata tak tengok? kat sini je aku rasa dah naik sawan tengok semua ni. Maca bunga betul okey. Semua lawa. Semua nak sapu kalau ikutkan hati. naseb baikla berbelanja ikutkan poket.

20150826 150929 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
Yang ni harga dia RM13.90 je.  Aku amek la sepasu sebab warna purple kan. Gerramss nengok.
20150826 151046 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
Yang ni, rak putih harga RM75.90. Bunga atas tu RM15.90 je. Murah kan?

20150826 151150 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah

Lukisan ni pun antara yg membuatkan jiwa sawan seketika. Dah la lawa gila, lepas tu murah gila. yg ni kalau tak silap RM69.90. Ikutkan hati memang nak beli, tapi mengenangkan datang dgn LRT. Haish, malula pulak nak usung mende ni naik LRT. Buatnya berhimpit nanti habislah hancur barang aku. haha. So, impian utk memiliki ni aku simpan kemas-kemas dlm hati. Nanti datang dgn Mr. husband pulak.

20150826 153005 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
tempat lilin ni harga dia cuma RM11.90. letak je sebelah rak tv atau kat kabinet tv…cun habis. hehe

20150826 153431 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
haa..yang ni pun lawa gantung kat dinding kan? RM14.90 je.

20150826 153457 001 - KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah
Basikal ni harga dia cuma RM10.50. blh letak atas kabinet atau divider ke. Konfem lawa meletopss.

teruja tak tengok barang Kaison? Harga pun murah dan berbaloi kan? Aku rasa kalau rumah sebelah Kaison ni konfem atas almari, kabinet, dinding semua penuh ngan hiasan. haha. sesak mak oi.


Loading...

Tags: #Buat #Dekorasi #KAISON #Pencinta #Rumah #SYURGA

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "KAISON : Syurga Buat Pencinta Dekorasi Rumah"