Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

IMG 4238 1 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

Saya ingin menyambung satu lagi petikan dr Tazkirah Zohor oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Auditorium tempat saya bekerja di mana soalan yg ditanyakan apa kah kualiti ibadah zaman sekarang yg penuh dgn kesenangan berbanding dgn zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dahulu.

Jawapan mufti ialah umat sekarang lebih bertuah dr satu aspek berbanding zaman Nabi dan para sahabat Nabi dulu. Sbg contoh, para sahabat Nabi dulu bila bersama dgn isteri. Mereka terpaksa bangun pagi yg sejuk dan mungkin tiada lampu utk keluar rumah utk mandi wajib sebelum melakukan ibadah atau solat. Proses semua utk solat blh memakan masa sejam. 

Sedang zaman sekarang, ada yg tandas dlm bilik tidur dgn kemudahan water heater. Mandi dan semuanya dlm masa 2 minit selesai dan blh terus solat. Tapi tak ada pun orang yg ambil kisah akan nikmat seperti ini. Kalau dulu sahabat Nabi berjalan kaki utk ke masjid. Sedang kita naik kereta. Atau kita sekarang naik flight utk mengerjakan ibadah Haji. Jadi tidak salah utk menggunakan kemudahan yg ada utk Islam dan akhirat. 

Jadi ambil peluang utk menggunakan apa yg ada utk akhirat. Walaupun sedikit sahaja nilai sumbangan jika ikhlas kerana Allah, pasti akan diberi ganjaran yg besar.
IMG 4240 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

Masakan yg saya kongsikan hari ini adalah antara lauk kegemaran saya. Semasa kecil kalau dapat mkn hati ayam memang win sangat. Maklumlah nak mkn ayam pun mungkin beberapa kali sahaja dlm setahun. Dah dapat mkn ayam, dapat lah mkn hati yg kecil jer saiznya. Kebiasaannya ayam akan dimasak kari atau dipanggil gulai ayam. Jadi hati yg biasa saya mkn ialah hati yg dimasak gulai. 

Boleh click di SINI untuk entri sama yg saya sediakan sebelum ini. Tapi dek tergesa gesa, terlupa hendak menggoreng hati yg direbus terlebih dahulu. Jadi apa yg saya buat ialah selepas menumis bawang bawang dan halia, saya terus memasukkan hati ayam dan digoreng terlebih dahulu bersama bawang dan halia sebelum dimasukkan kacang panjang. Jadi tidaklah rasa seperti hati rebus semata mata. 

Boleh juga hati ayam diganti dgn isi kerang. Blh click di SINI utk melihat resepi yg sama tetapi menggunakan isi kerang yg juga sangat sedap. Memasak ni sama jer, ubahsuai jer sana sini. Jadi tak adalah asyik mkn lauk yg sama sahaja.  


Jom layan resepi yg saya salin semula di bawah ini, cuma kali ini saya tidak memasukkan kicap kerana Nana tidak mkn kicap buat sementara waktu ini. Jangan lupa utk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 4243 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

Kacang Panjang Goreng dgn Hati Ayam
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 ikat kacang panjang – potong serong
Hati dan mempedal ayam – rebus seketika
4 ulas bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
2 – 3 inci halia muda – hiris nipis
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu besar kicap lemak manis
1 tangkai cili merah – hiris
Garam – jika perlu

Cara-cara:
Hati dan mempedal ayam direbus seketika dan dilumur dgn garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng hati tadi. Angkat dan tos. 
IMG 4228 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam


Dengan menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya. 
IMG 4097 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

Masukkan kacang panjang dan sos tiram serta kicap lemak manis. Kacau rata. Masukkkan hati yg telah digoreng. Kacau rata.

Nota: Kali ini, oleh kerana saya terlupa utk menggoreng hati selepas direbus, saya masukkan hati terlebih dahulu dan biarkan ianya bergoreng seketika dgn sos tiram. Lepas itu baru dimasukkan kacang panjang.
IMG 4233 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

IMG 4234 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam

Akhir sekali, masukkan cili yg telah dihiris. Blhlah angkat dan sedia utk dihidangkan. 
IMG 4235 - Kacang Panjang Goreng Dgn Hati Ayam


Loading...

Tags: #Ayam #GORENG #Hati #Kacang #Panjang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.