Kacang Botor Goreng Dgn Telur

Kacang Botor Goreng Dgn Telur
Saya memang suka bershopping barangan rumah. Sebaik sahaja bekerja, saya telah mula membeli set pinggan arcoroc. Kiranya sebelum berkahwin lagi pun ketika itu. 

Dua tempat saya ingin kunjungi sejak lebih 20 thn yg lalu bukan kerana saya ingin melancung tetapi kerana saya ingin bershopping. Saya memang sangat meminati barangan perhiasan diri dan perhiasan rumah. Ketika itu, belum ada kemudahana internet, jika ingin membuat tempahan dan sbgnya, perlu dibuat melalui travel agen.

Antranya saya sukakan berlian, kristal, pinggan mangkuk dan permaidani. Jadi antara tempat yg saya ingin kunjungi, ialah Prague dan Iran. Tetapi oleh kerana kristal Bohemia blh dan senang didapati di tempat lain, serta harganya tidak semahal barang lain, jadi Prague tidak lagi menjadi keutamaan buat masa sekarang. 

Berbeza dgn permaidani, walaupun blh didapati di Malaysia tetapi saya memang teringin utk pergi sendiri ke Teheran. Saya ingin mendapatkan sekeping permaidani yg saya akan sukai sampai bila bila. Yg ini saya masih menanam impian jika satu hari saya dapat sendiri menjejakkan kaki ke sana walaupun di rumah saya juga sebahagian besar adalah karpet dr Iran. Cukup setakat ini, sekarang kita beralih bab masakan pula.

Kacang Botor Goreng Dgn Telur


Sangat elok kita membiasakan anak anak mkn sayuran dan ulaman sejak mereka masih kecil. Saya kenal sepasang suami isteri yg saya panggil sbg Encik Zack dan Puan Sue yg sangat saya kagumi atas kejayaan mereka samada diri sendiri serta anak anak mereka. 

Di kala usia yg telah melepasi 60 thn, mereka suami isteri menpunyai rekod kesihatan yg sangat cemerlang. Dgn tekanan darah yg seumpama anak muda berusia 25 thn sahaja. Manakala bacaan gula sekitar 4. Ianya adalah suatu yg mengagumkan. Rahsia mereka adalah pemakanan yg kurang berlemak, banyak memakan sayuran dan ulam ulaman. 

Belum dilihat pd kejayaan mereka dr segi kekayaan dan harta. Mereka bermula dr bawah, itu yg saya mengambil peluang utk mengetahui bagaimana mereka bermula. 

Prinsip mereka mudah sahaja. Rumah mestilah simple, tanpa perabut yg banyak. Jika ada harga yg baik, mereka jual dan beli rumah lain. Dari situ, mereka mendapat keuntungan utk dilaburkan dlm rumah seterusnya. Lama juga saya bercakap di telefon dgn Puan Sue dan akhirnya banyak yg saya kutip dr pengalaman mereka utk dikongsikan dgn anak anak saya.  

Jom layan resepi di bawah ini. Resepi yg sangat bagus utk kita sekeluarga. Selain baik utk kesihatan, juga sangat sedap. Jom tanam azam utk mengubah pola pemakanan keluarga kita dgn menghidangkan banyak sayuran.  Selamat mencuba…
Kacang Botor Goreng Dgn Telur

Kacang Botor Goreng Dgn Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cekak kacang botor
1 tangkai cili merah – hiris

4 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 sudu besar sos tiram
3 ekor udang
1-2 biji telur
Garam


Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga keperangan. Masukkan sos tiram dan kacau lagi.
Kacang Botor Goreng Dgn Telur


Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sayur kacang botor dan cili merah, 
Kacang Botor Goreng Dgn Telur

Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, jika perlu. Blhlah ditutup api.

Kacang Botor Goreng Dgn Telur

Loading...

Tags: #Botor #GORENG #Kacang #TELUR

author
Author: 
    RESEP RAHASIA TELUR GULUNG RUMAHAN ANTI GAGAL #221
    Harga Pembelian Untuk Bikin Telur Gulung Rumahan : – Wajan 11′ Rp. 18.500
    MAGIC!!!….Bihun Goreng Komplit Ala Rida Ini Bikin Ketagihan, Pakai Bumbu Apa Sich ?
    Hello Teman – Teman Salam kenal buat kalian semua yang baru masuk atau
    Kuih Bingka Ambon (Ambon Honeycomb Cake; Kue Bika Ambon; 黄金糕) **
    【Recipe】http://kitchentigress.blogspot.sg/2012/09/kuih-bingka-ambon-video.html Bika Ambon is a cake from, not Ambon, but Medan. Aka kuih
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video

    Leave a reply "Kacang Botor Goreng Dgn Telur"